Salam buat pembaca blog Del hari ini, harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan seniasa senyum manis bak gula. Untuk entri kali ini Del nak kongsikan tentang makanan yang mungkin kegemaran anda iaitu "Makaroni Bakar Berkeju". Entri ini bukannya perkongsian resepi tetapi, Del nak kongsi rasa makaroni tu kepada anda.
Sebenarnya Del dah lama nak makan Makaroni Bakar Berkeju ni. Tapi yang membuatnya belum sempat. Sampai lah satu hari, makaroni tu sampai ke tangan Del. Untuk pertama kali nya Del macam terkejut bila ibu Del cakap Makaroni ni yang sejuk beku punya, jadi ianya perlu dipanaskan. Del pun apa lagi terus panas kan oven dan tunggu Makaroni ni siap sedia untuk dimakan.
Tak berganjak Del dari pintu oven yang panas tu sebab nak menyaksikan keju tu cair apabila dipanaskan. Haha kira ini satu pengalaman baru la untuk Del. Sesudah 30 minit berlalu, Del keluarkan makaroni ini untuk dimakan. Apa lagi tak lepas peluang untuk mengambil gambar. Maklumlah Del ni bukan selalu sangat makan makaroni atau makanan ala-ala barat ni. heheh. Setelah habis bergambar, kini masanya untuk menikmati keenakkan rasanya yang memukau (tutup mata tau,nak feeling-feeling iklan)
Rasanya yang berkeju, dengan penuh daging serta makaroni tu membuatkan Del terpukau. Terima kasih untuk kawan ibu Del sebab dah buatkan untuk Del. Sedap sangat rasa dia. Dengan keju yang kelihatan seperti tali, keempukan daging sangat memukau.
Okay itu sahaja perkongsian dari Del tentang #foodreview kali ini. Jangan lupa follow Del yer sebab tengah usaha nak tingkatkan pengikut blog. Terima kasih :)
13 Comments
Alaaaaa...kenapa akak baca time2 ni....sedpanyaaaa...terus lapar semula..dah la akak tgh diet nasi
ReplyDeletehahha tak kira nak kongsi jugak..hahah
DeleteTgk gmbr pun dh nmpk sedap.. Yummmy
ReplyDeleteHeheh jemput makan
DeleteMakaroni cheese = pemusnah diet 😱
ReplyDeleteTapi bila dah ada depan mata, ahhhh pedulilah diet. Esok mula balik, hehe
makan sajo...lupakan diet~~~
Deletedah lama tak makan!!
ReplyDeletekan...lama da tu yang dapat terus update blog
DeleteAllah, lapar balik tengok gambar makaroni tu. hehehe.
ReplyDeleteUnfold me here : The Hundred Pages | Eyqa Zaque
Hahaha kan..sye da follow awk ok
DeleteAla tak aci..ingatkan Del masak sendiri, rupanya yang frozen. Baru nak salute tadi..
ReplyDeletehahahah Del belum mampu..takut lain jadi diaa haha
Deletesalam del..
ReplyDeleteyaya singgh sini dan follow awk..heee..
wah nmpk sedap makaroni bakar tu..jnis frozen?xpernah rasa mcm tu lagi
ingtkan nk share resepi tadi..haha