Apa Yang Ada di Gunung Datuk, Rembau ?


1. Pokok Pulai




Pokok Pulai ini antara Pokok yang terbesar yang anda boleh dapati di Gunung Datuk. Sekiranya anda ingin tahu, Pokok Pulai ini mampu mengeluarkan bunyi yang kuat apabila di ketuk. Jadi apabila berlaku kecemasan anda disarankan untuk mengetuk pokok ini bagi memberi petunjuk bahawa berlakunya kecemasan. Bunyinya yang kuat disebabkan oleh isi padu pokok tersebut yang agak lompong/kosong lalu mengeluarkan bunyi yang kuat apabila diketuk.

2. 'Checkpoint'



'Checkpoint' yang ada merupakan satu-satunya checkpoint yang ada di gunung tersebut. Jaraknya jugak agak jauh dari titik permulaan. Di sini lah tempatnya untuk anda mengambil masa untuk anda berehat panjang sebelum meneruskan perjalanan mendaki gunung beradat ini. Jaraknya kira-kira 1000 meter dari titik permulaan dan perlu mendaki untuk capai ke checkpoint pertama.

3. Serangga & Haiwan Liar



Antara serangga yang aktif di Gunung Datuk adalah, lebah dan pacat. Dua serangga ini yang Del nampak aktif. Selain itu seperti ulat gonggok dan serangga lain juga boleh didapati di kawasan kaki pergunungan Gunung Datuk. Cuma tidak lah kerap berjumpa dengan serangga-serangga ini. Haiwan liar seperti ular, babi hutan dan sebagainya mungkin anda akan temui. Bergantung kepada nasib. Masa Del memulakan pendakian dengan yang lain, babi hutan antara haiwan liar yang kami terserempak. Kami dinasihat untuk berada dalam keadaan senyap sepanjang pendakian untuk menjauhkan diri daripada ancaman binatang buas dan liar.

4. Tanah yang Bercerun dan Berbatu



Permukaan tanah yang bercerun dan berbatu juga turut anda akan temui sepanjang cabaran untuk mendaki gunung beradat ini. Ada juga permukaan tanah yang landai, tetapi tidak banyak. Untuk itu anda dinasihat supaya tidak memandang sangat kepada cerun-cerun ini agar dapat mengelakkan anda dari patah semangat untuk meneruskan pendakian. Mendaki Gunung Datuk ini lebih kepada aktiviti memanjat. Jadi anda diminta untuk berhati-hati dengan langkah pergerakkan supaya tidak tercedera.

5. Puncak Yang Berbatu




Dari sini anda boleh melihat, pemandangan bawah dari atas sepenuhnya. Tangga telah disediakan untuk anda ke puncak tersebut. Di sini lah ramai pendaki yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar (sampai tak reti nak turun). Bergambar, bergambar juga anda juga dinasihati supaya berhati-hati. Tersilap langkah mungkin perkara yang tidak diingini mungkin terjadi. Dengarnya ada kesan tapak kaki peninggalan Hang Tuah, tapi Del tak pasti belah mana. Sebab dah sampai atas tu Del dah tak ingat nak cari, nak bergambar jer ingat. 

2 Comments

  1. Menarik dan cantik pemandangan dari puncak Gunung Datuk tu

    ReplyDelete
  2. Mencabar jugak dgn batu batu mcm tu. But worth for experince

    ReplyDelete