Demam Konvokesyen Del Bermula... l Salam buat pembaca blog Del. Setahun sudah Del menunggu untuk meraikan hari konvoksyen Del yang pertama. Macam bekas pelajar yang lain, situasi dia lebih kurang sama. Bila musim konvo nak dekat pasti nak cari duit untuk bayar duit konvo. Kadang-kadang ada yang tak nak pergi disebabkan masa dan kewangan. Tapi alhamdulillah, Del bukan dalam situasi begitu. Konvokesyen mungkin sekali dalam hidup kita, sebab tu lah kita raikan. Raikan hari-hari kemenangan dah habis belajar (gitewww).
Bila musim konvo nak dekat mesti, ada antara kita yang sibuk cari pakaian sesuai untuk menghadiri konvokesyen nanti. Lagi-lagi bagi graduan wanita, bsing pasal tudung laki pulak pasal tali leher nak warna apa. hahah. Selain dari cari pakaian, ada juga yang sibuk mencari juru gambar untuk merakam detik-detik indah. Detik indah bersama keluarga, detik indah bersama rakan. Manalah tahu habis jer konvo susah nak jumpa kawan-kawan dah. Tahu-tahu jer dan beranak-pinak.
Tak sabar pula rasanya nak sambut hari-hari yang ditunggu (eh macam tunggu hari pernikhahan pulak) . Group kelas yang dulu senyap lepas habis belajar, kembali bising semula sebab sibuk duk menanyakan cara-cara untuk daftar konvo. Nasib baik salah sorang rakan Del tahu serba sedikit mengenaikan konvo ni. Senang la nak tanyakan apa-apa.
Jadi tunggu la update terbaru dari Del untuk mengetahui detik-detik indah semasa hari konvokesyen nanti. Del dan rakan-rakan pasti akan bergambar sakan. Hahaha pastu update dekat instagram. Terima Kasih
10 Comments
Tahniah! selamat berkonvo
ReplyDeleteterima kasih Mrs.A.. jemput la masuk bloglist Del nanti
DeleteSelamat berkonvo Del..semoga semuanya berjalan lancar..amik gambar banyak2 untuk kenangan
ReplyDeletebaiklah SA. ahah banyak2 sampai habis kodak
DeleteTahniah Del dan selamat berkonvo
ReplyDeleteterima kasih Nia :))
DeleteSelamat berkonvo hee. Bestnya :)
ReplyDeleteIka datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/07/hadiah-dari-blogger-aswaleyla.html
terima kasih Ika... btw nnt Del singgah blog ika pula
DeleteTahnia Del.. Semoga semua urusan Del untuk konvo ini dipermudahkan.. Aamiin..
ReplyDeleteaminn mudah-mudahan...terima kasih sis
Delete