Tidak lama lagi, bulan puasa bakal menjelang tiba. Tak sabar rasanya Del nak sambut puasa macam tu juga anda semua bukan. Untuk itu Del nak kongsikan kepada anda semua perkara yang wajib kita lakukan sebelum bermula puasa. Ini dia Del kongsikan Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa.
Pengertian puasa dari segi istillah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari berserta dengan niat.
Al-Quran: Wahai orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa (Surah Al-Baqarah, Ayat 183)
Hadis: daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhamad S.A.W bersabda Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, Mendirikan Sembahyang, Membayar Zakat, Puasa Pada Bulan Ramadhan dan Menunaikan Haji (Riwayat Bukhari dan Muslim)
1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
3. Doa Berbuka Puasa
اَللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ
Bahasa rumi: Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa'alaa Rizqika Afthortu
Birohmatika Yaa Arham Rohimin
Maksudnya: Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
cc: blog khusus doa , info pelajar
6 Comments
pejam celik pejam celik..dah nk masuk bulan Ramadan kan..selamat berpuasa
ReplyDeleteselamat berpuasa juga :)
Deleteassalamualaikum
ReplyDeletesinggah sini https://jm2u.blogspot.my/2018/05/cakapsinilah.html
yer terima kasih...Del da singgah juga :)
Delete2 3 hari lagi nak puasa hehe
ReplyDeleteselamat berbuka... =D
ReplyDelete