Bila diajak atau dijemput sendiri oleh pemilik blog Siqahiqa untuk sertai segmen 'Giveaway' terbarunya sudah pasti Del tidak akan mengecewakannya. Demi tujuan untuk mengeratkan silaturahim antara blogger jadi Del sedia untuk membantu memeriahkan lagi segmen ini.

Seronok pula, bila melihat hadiah yang ditawarkan oleh Siqahiqa ni. Semuanya barangan berjenama!. Sesiapa yang dapat tu kira beruntung dan berterima kasih buat pemilik blogger manis ni. Walaupun tarikh penyertaan sudah nak tiba penghujungnya, namun Del masih lagi gigih untuk sertai segmen ini. Mula penyertaan daripada 13 April - 13 Mei 2018.

Katanya, pemilihan 'Giveaway' ini dibuat berdasarkan cabutan bertuah, maka bagi Del sendiri pemilihan ini sangat adil. Tapi lagi bagus kalau Siqahiqa buat LIVE STREAMING semasa cabutan ini dijalankan. Cuma pendapat sahaja haha. Mesti lagi meriah. Huhu

Apa-apa pun bagi anda semua nak sertai 'Giveaway' ni, boleh sahaja tekan pada banner di atas yang cantik tu terus ke link blog Siqahiqa. Semua syarat-syarat yang mudah berada di situ. Selamat mencuba!