Salam buat pembaca blog Del hari ini, diharap anda semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa senyum bak gula. Untuk entri kali ini, Del nak kongsikan kepada anda mengenai sebuah filem yang telah diharamkan tayangannya sebelum ini namun walau bagaimanapun ianya kini bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.



‘Dukun’ sebuah filem yang pernah diharamkan pada suatu ketika dahulu atas sebab-sebab tertentu. Menurut laman blog GEMPAK.COM filem ini berdasarkan cerita pembunuhan ‘kerat 18’ di negara kita sendiri. Filem ini diadaptasikan daripada kes pembunuhan berprofil tinggi di Malaysia iaitu kes Mona Fendey.

Antara sebab filem ini haram untuk ditayangkan pada suatu ketika dahulu kerana, ianya sangat sensitif sehingga melibatkan ahli politik UMNO dan pada masa yang sama juga mendapat tentangan daripada keluarga tertuduh. Akhirnya filem ini tidak ditayangkan.

Namun pada  5 April 2018, filem ini tidak lama lagi bakal ditayangkan pula. Sebab apa ye filem ini telah dibenarkan untuk ditayangkan di pawagam ? Del pun rasa tertanya-tanya juga. Mungkin ada sedikit perubahan dari segi jalan cerita atau pun  dari segi suntingan filem ini.

Pelakon-pelakonnya terdiri daripada Datin Paduka Umie Aida, Hasnul, Namron, Bront Palarae, Soffi  Jikan , Elyana, Faizal Hussein, Chew Kin Wah, Deana Yusof, Mislina Mustafa, Nadiya Nisaa, Adlim Aman Ramli dan ramai lagi. Jom tengok trailer Dukun iklan nya pun sudah kelaur di kaca tv.

Bila Del tengok trailer Dukun ni kan, teringat pula kisah perempuan yang berkebaya merah yang 'viral' hari tu. Pakaiannya lebih kurang sama pula Del tengok dengan video tular ‘Perempuan Berkebaya Merah’ dengan pakaian yang dipakai oleh Umie Aida dalam filem ini. Mungkin ini gimik filem mereka, mungkin juga tidak. Apa-apa pun kita tengok dulu filem Dukun ini yang sebenar di pawagam barulah tak salah anggap. Sekian.