Salam buat pembaca blog Del hari ini, harap anda semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa senyum manis bak gula. Untuk entri hari ini, Del nak berkongsikan tentang pengalaman Del sebagai penulis blog setelah sebulan menempuhnya. Ini bermakna bulan Mac merupakan bulan pertama Del memulakan penulisan blog.



Untuk pengetahuan anda semua, sebelum ini Del pernah mempunyai blog. Malangnya, blog tersebut tidak dapat diteruskan. Pengikutnya pun nak kata ramai, tak ramai, nak kata sikit, tak sikit boleh dikatakan adalah jugak. Kenapa Del berhenti berblogging? Sebabnya dulu, masa zaman sekolah, manalah pandai sangat guna-guna internet ni. Nak menulis pun tak tahu pasal apa. Nak jadikan blog sebagai diari rasa macam tak sesuai pulak. Jadi, lama kelamaan blog tu pun hilang lesap. Email yang digunakanpun, masih lagi mengguna email dari yahoo.com .

Kenapa start blogging semula? Sebabnya Del memulakan penulisan blog semula kerana, sekarang nak dapat kan internet mudah sahaja. Jadi masalah internet bukan lagi menjadi penghalang macam zaman sekolah dulu. Mana-manapun ada 'Wi-fi' betul tak. Seterusnya yang menjadi punca Del berblogging ni disebabkan oleh terpengaruh dengan rakan-rakan di instagram Del yang turut mempunyai blog sendiri. Tapi dia orang da 'famous' lah, kita masih merangkak.Akhir sekali, baru Del perasan dengan berblog ni juga, kita mamapu menjana pendapatan harian. Tak banyak pun, sekurang-kurangnya ada juga hasilnya. Dan semua perkara yang tertanya-tanya dalam minda ni seperti soalan, " Dah kawin, tapi tak kerja, jadikan blog pula sebagai sumber pendapatan utama". Bila kita tanyakan tentang ini kepada segelintir blogger, tak ramai la sikit sahaja tentang pendapat ini malangnya masing-masing senyap. Namun hari demi hari Del mula faham caranya. Walau apapun Del nak ucapkan terima kasih sebab ada juga yang sudi membantu dan memberi semangat Del ni sebagai blogger yang baru nak berjinak-jinak dalam penulisan blog.

Tujuan Del nak kongsikan entri kali ini sebenarnya nak tanya pendapat anda semua tentang 'STATISTIK BULANAN' blog Del. Di bawah ini rajahnya.



Pada pendapat Del, statistik bulan pertama Del menulis blog rasanya baik. Tak berapa bagus, tapi Del masih berpuas hati. Terima kasih buat mereka yang sudi berkunjung dan komen setiap entri yang Del keluarkan. Harap anda semua dapat membantu saya :)