Peka itu, dalam pengertian Del ini sendiri membawa maksud kepada memberi perhatian,sentiasa mengambil berat ataupun fokus kepada sesuatu perkara. Untuk zaman sekarang ni, masyarakat kurang mengambil berat tentang kepekaan yang ada di sekeliling kita. Sebab itulah wujudnya 'Mak cik Bawang' dan 'Pak cik Bawang'.
Antara contohnya kurang kepekaan ini, adalah melibat dari segi sifat kemanusian atau suka berbincang sesuatu perkara tanpa membaca apa yang mesej ingin disampaikan dan banyak lagi. Contohnya seperti komen-komen ataupun pendapat-pendapat yang dilontarkan oleh segelintir masyarakat untuk kearah kebaikan. Lalu, bila wujudnya kurang kepekaan maka mesej yang disampaikan itu tidak dapat difahami sehingga mengakibatkan salah faham. Maka tumbuh lah sifat 'membawang'. Lain yang di sampaikan, lain yang diterima.
Selain itu juga, dari segi sifat kemanusian pula, masyarakat kurang peka dari segi bantu-membantu sesama manusia. Bukan susah pun nak membantukan, cuma hulurkan apa yang perlu. Kalau tangan tu tangan lah, kalau duit tu duit lah. Bergantung kepada situasi. Jangan lah lepas tangan, terutama yang melibatkan warga orang kurang upaya (OKU), warga emas dan golongan miskin.
Kebersihan juga boleh jadi isu kepekaan ni. Yelah, kebersihan tandas, kebersihan di tempat awam dan segala yang melibatkan kebersihan boleh jadi topik untuk kepekaan. Masyarakat kadang-kadang kurang mengambil berat tentang isu kebersihan lalu menyembabkan masalah berlaku di sekliling kita. Contohnya, banjir kilat, serangan nyamuk di sebebkan tiada tanggungjawab untuk kebersihan dan sebagainya.
Untuk itu, masyarakat perlulah berubah dari sekarang. Lagi-lagi negara kita ni nak mencapai tahap sebagai negara maju. Jadi kita semua perlulah berganding bahu untuk mengelakkan isu kurang kepekaan ini. Sebenarnya, mana-mana pun perlu peka. Setiap apa yang kita lakukan kena ada sifat kepekaan , supaya kita tidak terjerumus dengan salah faham dan sebagainya.
Selamat tempuh bulan April!
14 Comments
Perfect saying Del. Peka ni yang main, merangkumi kehidupan kita seharian, di sekeliling kita, sesama manusia, haiwan, alam sekitar. Dari membawang, sikap kepekaan perlu diterap dalam diri kita.
ReplyDeleteSetuju. Peka dalam erti lain adalah common sense. Biar tahu apa ranggunjawab sendiri dan sekeliling.
ReplyDeleteMakcik bawang memang kita takleh halang. Tapi biar kita halang diri kita sendiri dahulu.
Btoi tu.. peka dan siasat dlu.. jgn terus tuduh melulu.. tkt nnti jadi fitnah. Mana nk cri mntk maaf kan
ReplyDeleteMarsha pun setuju. Patut siasat dulu jangan nak asik membawang je. Lepas tu kalau salah mula lah nak malu sendiri.
ReplyDeleteBravo Del..betul tu..apa2 pun kena peka..macam SA kat opis..kekadang di tanya bab sesuatu isu membawang..mmg malas la nak komen..malas nak panjang2 isu..hehe..SA akan ulas kalau benda tu sahih..walau sebenarnya mmg seseorang kena peka keadaan sekeliling tp bukan untuk membawang
ReplyDeleteMakcik bawang - femes perkataan ni sekarang. Sinonimnya pada sekumpulan yang terlalu peka pada berita2 viral tapi topik tersebut dibincang pada sudut negatif. Tu yang tak bagusnya. Macam mana nak maju kan. Bab kebersihan pula kita masih mundur. Masing2 takde perasaan menjaga hak bersama kan. Tu lah yg terjadi skrg ni.
ReplyDeleteBetul ! Kalau asyik dok membawang je, mmg x peka akan hal2 penting. Eh tapi, aktiviti membawang juga menunjukkan seseorang itu peka. Cuma peka benda yg x sepatutnya lah. Hahaha
ReplyDeleteJom berubah. Semoga masyarakat akan datang berubah lebih positif...
ReplyDeletebiasa lah makcik makcik bawang. kita kan melayu.. gitoh.. tak melayu lah tak membawang.. heheh tapi ciina pon skrg pandai membawnag juga hehee
ReplyDeleteYa, ramai orang zaman sekarang terlalu mementingkan diri sampai tak peka dengan apa yg berlaku disekeliling deorang.
ReplyDeleteMasyarakat sekarang ramai tak peka keadaan sekeliling dan apa yang berlaku. Yang diorang tahu menghentam dan terus menghentam. Best agaknya diorang nih kalau buat aktiviti membawang.
ReplyDeleteBetul tu orang sekarang kalau nak bercakap main cakap je tak peka dengan keadaan sekeliling.patut lebih peka dan ambil tahu sebelum cakap nanti macam2 masalah
ReplyDeleteRamai betul mak cik bawang kat media sosial..langsung tak peka isu yg diutarakan..yg dia tahu nk lontarkn komen sesedap rasa sesuka hati..bak org skang suka kata bodoh tu jgn tnjk sgt..huhu
ReplyDeleteLumrah manusia terlepas cakap. Harap sempat la minta maaf dengan orang yang dia dah duk membawang. Walaupun simple isu bagi dia, impak dekat hati orang tiada siapa yang tahu kan. Jadi hati-hati sebelum nak jadi makcik / pakcik / atuk / nenek bawang. Sebab kifarah Allah s.w.t tu ada. Pasti kita akan nampak kebenaran dan malu dengan perbuatan kita suatu kita dahulu. Bertaubatlah.
ReplyDelete