Salam buat pembaca CakapSini.lah. Untuk hari ini, Del berhasrat untuk menulis blog hari ini buat adik-adik yang sedang asyik memilih program apa untuk sambung belajar ke Universiti Awam mahupun Universiti Swasta yand ada di luar sana.

Terlebih dahulu, Del ingin mengucapkan tahniah buat calon SPM yang telah memiliki keputusan cemerlang. Bagi yang kurang cemerlang, jangan risau anda tidak seharusnya menjadikan keputusan tersebut sebagai penamat untuk terus berjaya. Del dulu pun tidak lah cemerlang dalam keputusan SPM lalu. Namun berkat doa ibu bapa, alhamdulillah Del dapat menyambung pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang senibina. Dan sekarang, Del dalam proses untuk menyambung ke peringkat sarjana muda pula. InsyaAllah...

Untuk itu, Del dengan berbesar hatinya ingin kongsikan kepada anda semua tentang "Pengalaman Menjadi Seorang Pelajar Senibina". Menarik bukan? Mesti adik-adik di luar sana tertanya-tanya apa itu "Senibina". Kalau yang sudah mengetahui baguslah. Bagi yang belum, ini Del akan kongsikan kepada anda semua. Harap anda semua faham apa yang Del cuba sampaikan dalam penulisan blog Del pada kali ini.

Sebelum itu, Del ini cuma pemegang diploma saja. Tapi, Del dalam proses untuk sambung pengajian ke peringkat sarjana muda. InsyaAllah,mudah-mudahan. Tapi Del berhasrat untuk tukar ke bidang lain semasa sambung ke peringkat sarjana muda. Kenapa?? Ada sebabnya nanti Del akan kongsikan.

Berdasarkan pengalaman yang Del telah lalui, Program Senibina ini seronok sebenarnya. Itu pun bagi yang benar-benar meminati seni bina. Senibina ini merangkumi kesemuanya. Anda akan bermain dengan warna,hiasan,perincian,ukuran dan macam lagi. Bila ada perkataan bina itu mesti terlintas difikiran anda iaitu, bangunan (rumah,menara,reban ayam pun boleh).

Dalam kuliah, beberapa subjek dalam pengajian senibina yang perlu anda semua ambil berat terutama sekali subjek "Design". Ini merupakan subjek yang tersangat lah mencabar bagi kesemua pelajar senibina (kira subjek killer).Oleh itu, sekiranya anda sedang menjadi seorang pelajar seni bina maka, subjek ini perlu diambil serius.

Siapa yang bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek, pengajian senibina ini adalah cabangnya. Bagi anda yang telah mempelajari subjek lukisan kejuruteraan, itu merupakan bonus untuk anda kerana, anda akan menggunakan ilmu tersebut semasa pengajian dalam senibina. Hal ini kerana, membuat pelan lantai adalah perkara asas dalam program senibina.Tanpa pelan lantai macam mana anda ingin mereka sesebuah bangunan.

Selain daripada itu, daya pemikiran yang kreatif juga perlu ada dalam setiap pelajar senibina. Hal ini memberikan impak positif dalam reka bentuk bangunan anda. Baru lah pensyarah suka. Manalah tahu dapat mengalahkan rekaan daripada Arkitek terkenal seperti, Zaha Hadid, Hijaz Kasturi, Ken Yang, Le Corbusier, Frank Lioyd Wright atau Cesar Pelli.

Selain itu juga, para pelajar saharusnya juga memiliki kekuatan  hati dan perasaan/mental. Jangan mudah mengalah kerana, sekiranya rekaan anda buat itu tidak menepati citarasa pensyarah anda maka semua rekaan anda "Mungkin" bakal diletakkkan ke dalam tong sampah. Tetapi anda jangan beranggapan pensyarah tersebut teruk dan sebagainya kerana melakukan sebegitu, anggaplah ianya cuma 1 ujian untuk berjaya kelak. Jadi nasihat saya cekal kan lah hati anda ya. Walau bagaimana, anda mampu untuk mempertahan kan rekaan anda.Hahaha~. Tapi bila difikirkan semula mana ada dalam hidup semua senangkan. Ingat jangan mudah mengalah!

Cerita mengenai warna, hal ini amat penting, jangan ada yang menunjukkan diri tu buta warna(sayangnya aku buta warna masa nak pergi temudaga ijazah, tapi buta warna aku tidak la sampai tak kenal warna). Sekiranya anda tidak tahu mewarna, jangan risau, tenaga pengajar akan mendidik anda semasa semester pertama. Jadi, anda akan tahu serba sedikit mengenai cara mewarna, pemilihan warna, kombinasi warna dan segala yang berkaitan warna. Seronok bab warna ni.


Contoh Lakaran Yang Pernah Del Lakar (Kena selalu berlatih untuk lebih mahir)
Pandai melukis, pandai melakar itu sudah menjadi kemestian dalam bidang seni bina. Tanpa lakaran atau lukis bagaimana anda ingin mengekspressikan ilham anda itu kepada bentuk lukisan. Jadi sebagai peljar seni bina, rajin-rajin lah melakar,mewarna supaya tidak lah anda rasa kaku apabila ingin melontarkan idea.
Universiti mana ada program senibina? Hal ini anda semua boleh rujuk di carian google dengan menaip "senarai universiti Malaysia yang menawarkan program senibina". Nanti keluar lah semua senarainya. Macam Del, dari Politeknik Malaysia. Jujur cakap, cara pembelajaran kami sama macam universiti, cuma berbeza sedikit saja dari kami ini level politeknik, tapi masih lagi IPTA yang diiktiraf. Kami juga bersaing dengan pelajar Universiti. Kami juga ada program Ijazah Sarjana Muda. Kalau nak tahu, ramai juga arkitek Malaysia yang asalnya dari politeknik. Jadi tiada bezanya belajar dimana untuk berjaya (woww sokong Politeknik Malaysia habis).



Bersama Rakan-Rakan Dalam Studio

Contoh "Presentation Board" (masa semester 2,agak tak puas hati dengan hasil kerja)

Contoh Model Bangunan Setelah Rekaan Diterima Pensyarah

Kena Ambil Tahu Serba Sedikit Ilmu Berkenaan "Construction" Bangunan

Contoh Final Presention Layout Di Belakang Del (sanggup tak tidur malam nak siap kan semua ni)

Sekian terima kasih. sekiranya anda nak tahu lebih lanjut mengenai program senibina, bolehlah rajin-rajin meng"google" dan banyakkan bertanya kepada yang berpengalaman. Tak pun, anda semua boleh sahaja komen di bawah.Jangan lupa doakan kejayaan saya dalam bidang yang saya ceburi. Aminn~ Jangan lupa share ya. 😄