Salam buat semua pembaca blog Del iaitu CakapSini.lah. Jadi hari ini, Del ingin berkongsikan kepada anda semua tentang pengalaman Del bersama rakan-rakan semasa mendaki Bukit Taisho. Untuk pengetahuan anda semua, ini merupakan pertama kali Del mendaki Bukit Taisho. Ternyata, semua perkara yang pernah menular di laman sosial seperti "Facebook" dan juga "Blogger" yang menceritakan tentang pengalaman mereka mendaki bukit tersebut memang benar-benar tidak mengecewa buat kaki pendaki santai seperti Del.

Seterusnya, tahukah anda dimanakah lokasi Bukit Taisho ini?. Mari Del ceritakan serba sedikit mengenai lokasi bukit tersebut.

Bukit Taisho merupakan bukit yang terletak di Negeri Sembilan dalam daerah Jempol. Pekan atau bandar utama di sekitar Bukit Taisho adalah Bahau. Bukit Taisho ini, berhampiran dengan taman perumahan seperti Taman Meranti dan Taman Kaya. Baiklah, itu saja serba sedikit mengenai lokasi bukit yang tidak mengecewakan ini. Nak tahu lebih lanjut klik sini.

Mengapakah Del katakan Bukit Taisho merupakan bukit yang tidak mengecewakan buat pendaki santai seperti Del ? Tahukah anda? Di bawah ini jawapannya.

Terdapat 5 faktor yang menyebabkan lokasi Bukit Taisho merupakan, bukit yang tidak mengecewakan buat pendaki santai.

1. Lokasi Yang Strategik

Peta Lokasi

Lokasi Bukit Taisho ini sangat strategik. kerana bukit ini terletak berhampiran Pekan/Bandar Bahau. Jadi sekiranya ada pendaki yang datang dari jauh, semata-mata untuk merasai pengalaman menaiki bukit, jangan risau atau bimbang kerana di Bahau terdapat beberapa buah hotel atau tempat penginapan yang mudah didapati. Nak jalan kaki pun boleh. Dekat sahaja tidak jauh.

2. Pemandangan Yang Menarik


Antara Gambar Pemandangan Yang Dapat Diambil

Jika cerita tentang pemandangan yang menarik, sudah tentu ramai penggemar fotografi, atau pengguna laman sosial seperti, instagram,twitter dan facebook pasti tidak melepaskan peluang untuk bergambar. Sekiranya anda mendaki pada waktu pagi, anda berpeluang merasai pengalaman dengan melihat pemandangan dari atas dengan berlatar belakangkan awan atau pun kabus. Malah pemandangan cahaya matahari pada waktu pagi dan waktu petang juga dapat dirasai. Apa lagi, kaki berswafoto mesti tak lepas kan peluang.

3. Trek Pendaki Yang Sesuai



Contoh Trek Pendaki
Berkenaan tentang trek pendakian untuk sampai ke puncak pula tidak la begitu mencabar. terdapat 3 laluan trek pendaki yang anda boleh lalui. Terpulang kepada anda semua untuk mendaki mengikut laluan yang mana. Nak mencabar boleh, nak santai-santai pun boleh. Asalkan anda berada dalam keadaan selamat.

4. Puncak Yang Berangin



Contoh Tiupan Angin Di Puncak Bukit Taisho

Bila tiba saja di puncak, terutama pada waktu pagi pastinya suasana yang berangin, disertai dengan pemandangan yang indah & damai, pasti tidak akan mengecewakan para pendaki. Puncak bukit tersebut bakal menyambut kedatangan anda dengan tiupan angin yang nyaman lantas, dapat menghilangkan rasa penat setelah mendaki hingga ke puncak. 

5. Masa Perjalanan Yang Singkat

Berkenaan dengan masa perjalanan untuk sampai ke puncak pula, ianya tidak mengambil waktu yang lama. Pada yang baru-baru, anda mungkin merasai perjalanan untuk mendaki seperti agak lama padahal tidak. Anda boleh tiba ke puncak dalam 20-30 min masa mendaki, bergantung kepada tahap kecergasan anda.

Apa-apapun, sekiranya anda ingin melakukan aktiviti seperti ini, persediaan mental dan fizikal perlulah ada. Jangan lupa bawa air untuk menghilangkan rasa dahaga. Selain itu juga, keselamatan dan kebersihan perlulah dijaga. "Jangan pandai-pandai nak rosakkan harta benda awam".




*JANGAN LUPA LIKE,SHARE & KOMEN "FACEBOOK PAGE" & "INSTAGRAM" SERTA FOLLOW BLOG DEL. TERIMA KASIH