Del ke Seremban berseorangan. Nak ke KTM Rembau tu, 'parent' Del yang hantar, sementara mereka nak ke pasar nak beli barang masak untuk berbuka. Untuk pengetahuan, pengangkutan awam KTM Komuter di Rembau dan Tampin ni merupakan salah satu pengangkutan awam baru juga untuk penduduk sekitar. Nak dibandingkan dengan lokasi lain yang lama menggunakan khidmat KTM Komuter.
Del tak risau pun sebenarnya nak naik KTM, sebab cara nak naik pun lebih kurang sama sahaja. Sebelum ni pun, Del pernah juga naik KTM Komuter cuma dari lokasi lain. Yang membezakan cuma waktu perjalanan sahaja. Untuk pengetahuan, perkhidmatan KTM Komuter dari Rembau atau Tampin ni mengikut waktu tertentu. Maksudnya, komuter ulang alik tu tak banyak, macam dari Sg. Gadut nak ke Seremban. Setiap 20 min atau 15 min mesti ada Komuter yang lalu untuk mengangkut penumpang. Jadi, dari segi masa perjalan kalau anda semua dari Rembau atau Tampin nak ke Seremban pastikan semak dulu waktu perjalanan. Anda boleh semak dekat web KTM Komuter tentang jadual waktu perjalanan. Waktu perjalanan Del bergerak dari Rembau kira jam 11.10 pagi. Tapi masa pukul 10.55 pun rasanya ada juga bila Del semak jadual. Kalau waktu pagi dalam pukul 7-8 pagi tu Del tak pasti. Untuk Seremban ⇆ Tampin proses pegerakan yang digunakan "Shuttle Service" maksudnya ada masa tertentu. Gerak dari KTM Rembau dalam 11.10 pagi tiba dalam 11.30 pagi. Cepat kan waktu perjalanan. Kalau naik kereta atau bus berapa min pula masa yang diambil. Jadi kalau anda nak jimat masa, tak nak hadap kesesakan lalu lintas, boleh la naik KTM Komuter ni.
![]() |
Ini Contoh peta Perjalanan KTM Komuter |
Lepas habis beli belah, kira-kira jam 12.30 Del gerak ke KTM Seremban semula. Jam 12.40 dah naik komuter, kononnya ingatkan Komuter tu terus gerak nak ke Tampin dan Rembau. Tapi malangnya, Del tak dengar dengan jelas pula pengumuman sebelum naik komuter tu dekat KTM Seremban. Nasib baik dalam komuter tu dia bagi pengumuman " Komuter ini akan menamatkan perjalanan sehingga ke Stesen KTM Sg. Gadut, Untuk ke Tampin sila tunggu gerabak seterusnya". Bila dah dengar, Del pun turun bersama penumpang yang lain yang nak ke Tampin juga.
Kira-kira hampir 2 jam lamanya menunggu komuter untuk ke Tampin. Bersapau juga la Del dekat Sg. gadut tunggu komuter. Pukul 2.20 ptg baru ada semula komuternya. Ini satu pengalaman baru untuk Del dari tak tahu jadi tahu. Jadi lepas ni kalau nak gerak dari Seremban⇆Rembau/Tampin kena semak dulu waktu perjalanan, supaya tidak le bersapau tengah-tengah panas (hahaha). Dalam 2.40 ptg baru tiba di Stesen KTM Rembau. Sistem bayaran yang Del gunakan untuk menaiki KTM Komuter cuma gunakan kad 'Touch and Go (TnG)'. Caj yang dikenakan cuma RM 3.80 untuk sehala jumlah ulang alik dalam RM7.60 ketika itu (Rembau⇆Seremban). Kalau bayar tunai, harga dia mahal sikit jer.
Nak semak waktu perjalanan KTM Komuter. Klik sini
Nak semak caj yang dikenakan untuk menaiki KTM Komuter. Klik sini.
Selesai juga perkongsian ni untuk orang-orang Ghombau atau Tampin. Harap perkongsian ini dapat memberi tunjuk ajar atau sedikit ilmu untuk anda semua. Terima Kasih.
5 Comments
best juga sesekali naik public transport kan?btw selamat hari raya!
ReplyDeleteBest..senang pastu jimat kan
DeleteNaik ktm memang kn tgk jadual perjalanan, klu dak hbs Masa dgn menunggu j. Tp yg bestnye xyah pikir nk Cari parking
ReplyDeleteKalau tempat tu hotepot tak yah tgok jadual sgt pun xpe..sbb sllu je ada selang berapa minit. Kalau mcm rembau,konsep mcm shuttle..kdg2 je ada so kena tgok jadual tkut2 terlepas..ahhah
Delete*hotspot
Delete