Pengalaman: Temuduga Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kupujian) UiTM - 'Second Intake'

Salam sejahtera buat pembaca setia blog Del, dan juga mesti ada dikalangan anda yang baru sahaja menjengah ke blog Del ini untuk mengetahui serba sedikit tentang pengalaman Del. Entri kali ini Del akan kongsikan kepada anda semua mengenai pengalaman Del sendiri semasa temuduga untuk Ijazah sarjana muda senibina. Nak jadi arkitek mesti kena ambil kursus ni. Tetapi ada cabaran juga yang harus anda lalui sepanjang cita-cita untuk bergelar seorang arkitek.

Cabaran yang pertama, anda diwajibkan untuk ditemuduga dahulu oleh panel-panel yang arif dalam bidang senibina. Itu mengikut kehendak Universiti itu sendiri. Jadi anda perlu patuh dengan arahan dan juga syarat-syarat yang dikenakan. Sekiranya anda melanggar syarat-syarat, secara tidak langsung anda akan tidak diterima masuk untuk menyertai kursus ijazah senibina. Hal ini kerana, kursus ini bukannya calang-calang orang boleh dapat, kerana kursus senibina antara kursus yang sangat profesional berbanding dengan kursus lain yang ditawarkan.

Baiklah, mari kita mulakan entri pengalaman Del dalam temuduga Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kupujian) UiTM. Sekali lagi diingatkan bahawa, Del telah menjalani temuduga  untuk kemasukan kedua. Ini bermakna, semasa pengambilan UPU Del tidak dapat diterima masuk. Jangan tanya sebab kenapa, Del sendiri pun tak tahu. Malah temuduga ambilan pertama pun Del serta rakan-rakan Del pun tidak dapat sertai. Jadi kami cuba untuk ambilan kedua. Jarang ada universiti yang mengambil pelajar untuk kemasukan ambilan kedua ni (waktu tu UUM, UIA, UTHM & UPSI je tang buka second intake). Itu anda semua boleh rujuk ke laman web seperti afterschool untuk mengetahui lebih mengenai pendapat untuk sambung belajar ke IPTA atau IPTS.

Jadi setelah itu kami pun membuat permohonan mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan. Sekiranya universiti tersebut memerlukan pembelian no pin kemasukan maknanya, anda kena beli. Seperti UiTM, kemasukan ambilan kedua kena beli no pin sendiri di BSN. Macam biasa, macam anda beli untuk no pin UPU, cuma tajuk no pin itu sahaja yang berbeza. Setelah selesai barulah boleh untuk log masuk untuk membuat akaun baru bagi mengisi borang permohonan. Selalunya pembelian no pin mula dari bulan Oktober. Okey selesai pembelian no pin dan isi borang permohonan.

Seterusnya, sekirnya anda memilih kos bertemuduga, maka anda seharusnya menghadiri temuduga tersebut. Macam kos Senibina memang wajib untuk ditemuduga. Del diminta untuk menghadiri temuduga pada bulan 12 ketika itu, di tempat yang telah ditetapkan iaitu di UiTM Puncak Alam (PALAM). Segala persiapan telah pun disiapkan, seperti dokumen-dokumen penting. Bab dokumen penting, anda wajib mengambil perhatian dan memberikan tanggungjawab sepenuhnya, supaya bila hari kejadian semasa nak ditemudaga tidak lah kelam kabaut dibuatnya.

Sehari sebelum ditemuduga, Del dan keluarga bertolak lebih awal. Memandangkan tempat penginapan yang ada di Puncak Alam agak kurang, maka kami telah menempah 'homestay' sebagai tempat untuk kami bermalam, supaya bila hari kejadian tidak lah lambat untuk tiba dan sekali gus dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Anda boleh google sahaja mana-mana tempat yang sesuai. Semasa kejadian 'Halimah Homestay' telah menjadi pilihan kami untuk bermalam. Boleh tahan juga la servis yang dibuat oleh pemilik homestay. Tidak mengecewakan dan tidak membuatkan Del rasa stress untuk ditemuduga esok.

Tiba hari kejadian, kami sekeluarga sampai awal ditempat yang ditetapkan. Bangunan fakulti Perancang Bandar dan Senibina merupakan tempat untuk Del ditemuduga. Nasib baik ada juga rakan-rakan yang sama tempat belajar masa diploma turut sama ditemuduga. Boleh dikatakan ramai juga lah yang bakal ditemuduga pada masa tu. Kami diminta berbaris mengikut kos yang yang bakal ditemuduga. Ketika itu ada, 3 kaunter yang dibuka untuk pihak UiTM menyemak dokumen-dokumen penting sebelum dibawa masuk ke bilik temuduga. Bagi yang tiada cop pengesahan pegawai atasan, pihak UiTM telah menyediakan ruang untuk mereka cop pengesahan. Akan ada pegawai yang akan melakukan cop pengesahan tersebut. Antara kos yang ada ketika itu ialah, Senibina, Senibina Dalaman dan juga Perancang Bandar. Jadi Del dan  rakan-rakan berbaris di barisan kos senibina. Setelah selesai menyemak dokumen maka, kami diminta untuk masuk ke dalam dewan.

Setelah masuk ke dalam dewan, kami diminta untuk tunggu seketika. Setelah itu, kami diberikan nombor di atas sekeping kad yang kecil dengan berlainan warna. Kami diminta untuk membawa kad tersebut ke bilik lukisan. Lukisan merupakan cabaran pertama sebelum anda masuk ke bilik untuk ditemudga. Cabaran lukisan dibuat beramai-ramai mengikut kumpulan. Diberi bongkah seperti piramid, silinder, bola dan juga kiub dan diletakkan di tengah-tengah  pelajar supaya calon-calon dapat melihat setiap sisi bongkah tersebut mengikut pandangan masing-masing. Diberi masa sehingga 1 jam untuk menyiapkan cabaran lukisan.

Setelah selesai cabaran lukisan, kami dibawa ke bilik menunggu. Di bilik menunggu, kami diberikan beberapa helai borang untuk diisi. Del pun isi borang tersebut selengkapanya, kalau tak pasti anda boleh bertanya kepada mereka. Sambil tunggu tu, boleh la nak ulang kaji ke, nak borak-borak dengan kenalan baru ke, supaya rasa gundah-gulana tu hilang. Giliran diberi mengikut nombor pada kad yang diberi diawal-awal. Tiba giliran Del. Nak rasa berdebar tu tidak la sangat, tetapi masih ada lagi perasaan berjaga-jaga.

Melangkah masuk ke bilik temuduga, terdapat 6 panel yang menjadi penemuduga. Del dapat penemuduga yang ke-6. Lelaki penemuduga tersebut. Kelihatan baik dan tidak garang. Setelah borang dan dokumen penting diberi kepada panel maka bermulalah sesi temuduga yang dinanti-nantikan. Di awal temuduga, Del diminta untuk memperkenalkan diri. Seperti biasa, mengenai nama, umur asal, sekarang buat apa. Proses temuduga dalam bahasa Inggeris, maka berspeking London la masa tu sehabis baik. Walaupun tatabahasanya terabur. Janji anda yakin tu yang sebaiknya.

Agaknya sekejap sangat Del memperkenalkan diri, maka Del diminta untuk menceritakan tentang hobi. Sambil-sambil tu mata jeling ke arah calon yang berada di sebelah Del. Begitu rancak dia bercakap. Sambil-sambl Del bercerita, Del serahkan portfolio Del sendiri semasa diploma kepada panel. Panel tanya, Del jawab lah. Setelah selesai, maka Del dengan yakin ingat berakhirlah sesi temuduga ni rupanya, belum lagi. Tiba-tiba panel keluarkan 2 keping kad yang berada didalam sampul surat. Kad tersebut mengandungi ujian mata. Ternyata kad ujian mata ini melemahkan semangat Del. Apabila Del tidak dapat mejawab 1 daripada 2 kad yang ada. Syarat-syarat untuk diterima masuk, mestilah tidak rabun warna. Maka disitu dah nampak hari-hari gelap bakal tiba.

Setelah selesai, Del pun bertolak pulang ke rumah. Dengan hati yang redha dan tabah Del biarkan tuhan yang tentukan keputusan itu. Mungkin tuhan tu da siapkan tempat yang lebih baik untuk Del. Walau bagaimanpun, Del tetap bersyukur sebab dapat merasa pengalaman sebegini. Dan pengalaman ini Del kongsikan kepada anda.

Sekiranya anda semua tak tahu, boleh jer komen dekat bawah. Nanti Del akan cuba jawab kan tentang kemusyhkilan korang tu nanti. Sekian...

3 Comments

  1. insyaallah..sabar...moga ada rezeki

    ReplyDelete
  2. oo nak masuk u sekarang kena interview eyh?

    ReplyDelete