Untuk pengetahuan anda semua, sebelum ini Del pernah mempunyai blog. Malangnya, blog tersebut tidak dapat diteruskan. Pengikutnya pun nak kata ramai, tak ramai, nak kata sikit, tak sikit boleh dikatakan adalah jugak. Kenapa Del berhenti berblogging? Sebabnya dulu, masa zaman sekolah, manalah pandai sangat guna-guna internet ni. Nak menulis pun tak tahu pasal apa. Nak jadikan blog sebagai diari rasa macam tak sesuai pulak. Jadi, lama kelamaan blog tu pun hilang lesap. Email yang digunakanpun, masih lagi mengguna email dari yahoo.com .
Kenapa start blogging semula? Sebabnya Del memulakan penulisan blog semula kerana, sekarang nak dapat kan internet mudah sahaja. Jadi masalah internet bukan lagi menjadi penghalang macam zaman sekolah dulu. Mana-manapun ada 'Wi-fi' betul tak. Seterusnya yang menjadi punca Del berblogging ni disebabkan oleh terpengaruh dengan rakan-rakan di instagram Del yang turut mempunyai blog sendiri. Tapi dia orang da 'famous' lah, kita masih merangkak.Akhir sekali, baru Del perasan dengan berblog ni juga, kita mamapu menjana pendapatan harian. Tak banyak pun, sekurang-kurangnya ada juga hasilnya. Dan semua perkara yang tertanya-tanya dalam minda ni seperti soalan, " Dah kawin, tapi tak kerja, jadikan blog pula sebagai sumber pendapatan utama". Bila kita tanyakan tentang ini kepada segelintir blogger, tak ramai la sikit sahaja tentang pendapat ini malangnya masing-masing senyap. Namun hari demi hari Del mula faham caranya. Walau apapun Del nak ucapkan terima kasih sebab ada juga yang sudi membantu dan memberi semangat Del ni sebagai blogger yang baru nak berjinak-jinak dalam penulisan blog.
Tujuan Del nak kongsikan entri kali ini sebenarnya nak tanya pendapat anda semua tentang 'STATISTIK BULANAN' blog Del. Di bawah ini rajahnya.
Pada pendapat Del, statistik bulan pertama Del menulis blog rasanya baik. Tak berapa bagus, tapi Del masih berpuas hati. Terima kasih buat mereka yang sudi berkunjung dan komen setiap entri yang Del keluarkan. Harap anda semua dapat membantu saya :)
31 Comments
Gud luck del.. smoga menjadi penulis yg berjaya kelak...jemput baca sini
ReplyDeletehttps://byshaz.blogspot.my/2018/04/boleh-ke-beli-barang-baby-awal.html
Bagi saya, statistik bulanan awak lebih banyak daripada saya punya statistik
ReplyDelete. Apapun semoga awak terus sukses dalam dunia blogging..
Maksud saya masa mula2 saya masuk dlm dunia blog..😊
DeleteGood luck Del, pada pendapat Zumal pencapaian Del sangat hebat berbanding Zumal memula menulis dulu...
ReplyDeleteKeep it up Del
ReplyDeleteBlogwalking sini dan follow (:
ReplyDeleteKeep blogging.
ReplyDeleteJust be yourself.
great start, great stat.....
ReplyDeleteKeep up the good work..
Keep on writing, keep on blogging.. cheers..
Great start tu del. Kak ana dulu dah 5 tahun baru 10k views je. Last year start aktif pulun kaw2 entri. InsyaAllah kak ana yakin del meati boleh naikkan pv uv lagi.
ReplyDeleteTahniah Del, permulaan yang baik...banyakkan join aktiviti blogging utk dapatkan hits yang banyak..rajinkan ping entry kat group blogger FB dan google+. Trust me..kejap je naik nanti...
ReplyDeleteTahniah.. Moga permulaan ini menjadikan anda berjaya... Truskan blogging! Hehehe. InshaaAllah Del akan lebih up dari yg lain... Hehehe.. Caiyokkk..
ReplyDeletesatu permulaan yang baik insyaAllah moga lebih maju dalam penulisan
ReplyDeleteTahniah del caiyok.usaha lagi nak dapat page view tinggi.airah pun dalam usaha nak naikkan pageview
ReplyDeleteUntuk permulaan sangat ok statistik tu. Semoga Del maju jaya dengan berblogging. Jangan cepat rasa bosan ok. Kalau tak blog Del akan terbengkalai sekali lagi.
ReplyDeleteBagus la sebulan baru start blog baru tpi blog ni dah mcm otai2 masih berbisa...keep it up boy!
ReplyDeletetahniah dell. keep it up! keep sharing benda yang bermanfaat. salam kenal dari Ainy.
ReplyDeleteKeep it up Dell...u kenduit 💪🏻💪🏻. Akak pun bermula dari bawah. Lepas tu naik sikit sikit ikut tips otai. Akhirnya statustik mula meningkat
ReplyDeletePergh terbaik pageview dia. Kalo tgk google analytic lg bagus..lg accurate..apa apa pun keep it up
ReplyDeleteKeep it up del..jom tambah lagi entry kat blog..blog sis pon sendu je traffic..haha
ReplyDeleteTeruskan semangat berblogging.. Pv anda dikira bagus bagi mereka yang baru sebulan berblogging.
ReplyDeleteAwal-awal memang begitu lah Del. Kena rajin menulis untuk menarik orang membaca..dan dan kena juga promote blog kepada ornag lain
ReplyDeleteokay la tu untuk yg baru nak berblogging. saya dulu berapa ratus je bulan pertama
ReplyDeleteWelcome to be a star lepas ni hehehe rajin blogwalk dan singgah blog kawan-kawan akan lebih meriah jadi lebih mesra sikit...
ReplyDeleteHarap teruskan menulis. tapi PV tu not bad sebagai pemula. dahsyat. btw keep it up. follow here #28
ReplyDelete| blog helloaiman |
thanks aiman for following me :)
Deletekeep it up untuk lebih rajin berblogging. jadikan rakan2 blogger otai yang lama yang baik penulisannya sebagai rujukan :-)
ReplyDeleteWah..banyak tu untuk first month. Keep it up Del :)
ReplyDeleteGood luck. Bukan senang nak dapat trafik waktu-waktu newbie ni. Banyakkan ping nlentry di group-group blogger, group blogger ada 30+ group tak silap. Add banyak2 kawan bloger. makin banyak makin banyak pembaca. Buat tajuk yang kreatif supaya org baca tajuk rasa nak baca entry. sekian
ReplyDeletePermulaan yang baik ni Del. Teruskan menulis, selamat maju jaya.
ReplyDelete-- Salam perkenalan dari www.noormaizan.com
thanks semua sebab bagi sokongan. seronok baca komen-komen senior.huh insyaAllah saya teruskan dalam dunia blogger ni dengan baik.
ReplyDeleteTahniah.. keep it up.. bagi sy sgat banyak dah tu utk permulaan.. yg penting apa yg dikongsikan bermanfaat buat semua.. ^^
ReplyDelete