Mid Valley Southkey (Del review)

Okay hye semua pengunjung blog Del. Terima kasih sebab sudi berkunjung. Untuk entri kali ni, Del berkesempatan nak review atau nak bagi padangan terhadap mall yang baru tak baru lama tak lama, tapi tetap baru iaitu Pusat beli belah Mid Valley Southkey atau pun mudah nak panggil Mid Valley JB. Kalau nak tahu lokasi geung beli belah ni boleh tengok alamat di bawah.



The Mall, Mid Valley Southkey, No. 1, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor. 
Waktu Operasi: 10.00 a.m - 10.00 p.m

Cerita tentang review apa yang boleh Del katakan pusat beli belah ni sangat besarrrrrrrr. Lenguh juga kaki ni nak menapak. Rasa kalau nak bersenam jalan kaki tanpa cahaya matahari ni, mungkin lokasi Mid Valley ni sesuai untuk anda. Sambil-sambil boleh lah anda semua tengok apa yang ada dekat sana. Mid valley ni boleh katakan ada lebih daripada 4 tingkat termasuk lah juga tempat letak kereta bawah tanah dan atas.


Apa outlet yang ada? Tentang outlet jangan risau kebanyakkan nya yang mahal-mahal dan branded "Eh macam risau pulak bunyi nya". Macam pusat beli belah lain juga, setiap pusat beli belah mesti dilengkapi dengan pasaraya dia sendiri contoh macam Mid Valley ni SOGO. Tak silap masa ke sana ada 25% harga turun." Heheheheee". Outlet seperti Nike, Adidas, Victoria Secret dan sebagai nya ada saja. Drugstore seperti  Watson, Guardian dan sebagai nya pun ada. Sephora pun ada juga ye kawan-kawan. Munkin, Mid Valley boleh dijadikan sabagai pusat beli belah yang penuh dengan barangan. 

Tempat makan macam mana? Jangan risau, terdapat banyak restoran yang halal dan juga tak. Korean food rasa nya banyak juga. Bagi penggemar makan ala-ala Korea dan Japan di Mid Valley lokasi yang menarik untuk anda semua "food hunting". Macam hari Del cuba makam DuboYo. Boleh harga dan bersesuain dengan portion yang disediakan.

Ini set yang Del cuba, Chicken Honey Mustard tak silap

Seni reka dalaman dia macam mana? Dalamannya, selain dipenuhi kedai-kedai dan outlet terdapat banyak tumbuhan yang asli menghiasi landskap dalaman bangunan. Kiranya banyak juga oksigen nak hirup. Hiasan dinding yang menarik dan pengcahayaan yang bagus menarik perhatian pengunjung. Pada mulanya ingatkan tumbuhan yang di tan seperti tumbuham hiasa saja, tapi salah tanggapan Del. Bila disentuh dan lihat dengan jarak dekat rupanya pokok betul.






Mesra muslim tak? Selain banyak restoran halal, bagi pengguna atau pengunjung beragama Islam Mid Valley punya surau untuk orang Islam beribadat ni sangat luas ruang nya. Tak perlu bersempit-sempit. Nak solat pun tenang. Cuma mereka tak hasil kan banyak lah surau, hanya level tertentu sahaja yang ada. Rasanya di aras 3 kalau tak silap lokasi surau tersebut. Jangn lupa solat ye semua.

Apa komen untuk Mid Valley? Sememang nya ada komen yer. Mana ada semua tempat 'Perfect'. Untuk komen yang pertama berkenaan dengan parking lot, terutama motorsikal. Amboi kemain jauh lagi. Mungkin pihak pengurusan perlu cadangkan lebih banyak tempat letak motorsikal dan dekat dengan pintu masuk. Seterusnya, tempat bayaran parking motorsikal. Rasanya patut letak tempat yang senang orang nampak. Jangan letak bawah tangga. Ubah kan tempat letak mesin tersebut dengan membuatkan pengguna mudah untuk jumpa. Selain itu, pengguna kadang-kadang keliru dengan lokasi mereka berada sekarang cotohnya papan tanda nak tahu sekarang berada di aras berapa. Yelah Tempat ni besar, kadang-kadang keliru. Mungkin, pihak pengurusan patut tambah lagi banyak papan tanda ni supaya mudah untuk pengguna nak tahu. Yang lain setakat ni semua okay je kot.

Itu sahaja perkongsian Del untuk entri kali ni. Mungkin dapat membantu untuk anda semua secara langsung dan tak langsung. Selamat membeli belah!

*sebarang cadangan boleh kemukakan di ruang komen, It's Del :)*


0 Comments