Nak Ke mana Kalau Ke JB!



Nak Ke mana Kalau Ke JB!

Nak Ke mana Kalau Ke JB!                              l                           Pening fikir mana nak pergi berjalan? Nak pusing KL, bosan da. Nak naik flight pun jauh. Kereta baru servis, ingat nak guna kereta, tapi...tak tau jalan ke mana.


Camnilah, kita cerita sikit pasal bandaraya kedua terbesar di Malaysia lepas KL....iaitu JB. Johor Bahru. JDT. Haa yang team bola tu. Tapi ni kita cerita lebih pasal tanah kelahiran JDT ni iaitu bandaraya JB sendiri.
“Tapi JB ada apa je?”
JB ada macam-macam bro. Kau je tak tau. Boleh kata JB ni kuasa ekonomi terbesar selatan kot. Jadi banyak benda kau boleh jumpa dan jenjalan kat JB ni. Betul tak tipu punya...

Tapi sebelum tu sembang sikitla pasal asal-usul Johor Bahru ni. Tak lama pun kejap je. Bandaraya Johor Bahru ni da lama ada sebenarnya, sejak tahun 1855 lagi. Time tu dia dikenali sebagai Tanjung Puteri dan dibuka oleh Temenggong Daeng Ibrahim. Sebelas tahun kemudian baru Sultan Abu Bakar berkenan nak menamakan semula Tanjung Puteri sebagai Johor Bahru, puncanya? Sebab peralihan pusat pemerintahan dari Teluk Belanga kat Singapore sana tu. Bawah pemerintahan bagindalah yang JB berkembang pesat sampailah ke hari ini. Kalau nak tau, JB dahpun diiktiraf sebagai sebuah bandaraya sejak 1 Januari 1994 lagi.

Ok dah cukuplah cerita pasal sejarah nanti korang boring. Sambung. Jadi apa yang ada kat JB ni sebenarnya?

Tempat bersejarah.
Taman tema.
Tarikan semulajadi.

Tempat makan. Apa, nak jalan-jalan nanti confirm lapo kan? Singgah makan makanan Johor sekali alang-alang tu, betul tak?
Tempat membeli-belah pun ada beb!

Mari kita go through satu-satu item ni. Haa, tempat bersejarah. Disebabkan Johor Bahru ni panjang umurnya dan legasinya, maka banyak tarikan bersejarah kat sini yang boleh dilawati. Antaranya Muzium Sultan Abu Bakar. Muzium ni dulunya istana untuk Sultan Johor sebelum direnovate sebagai muzium untuk keluarga diraja. Selain tu ada jugak Muzium Warisan Tiong-Hua atau Chinese Heritage Museum. Kat sini ada galeri yang menceritakan sumbangan masyarakat Cina kepada pembangunan JB dan juga negeri Johor secara general.
Nak Ke mana Kalau Ke JB!

Taman tema pulak. Ada Legoland Malaysia Resort! Ada Puteri Harbor Indoor Theme Park! Dua-dua ni kat area Nusajaya. Memang family friendly dan sesuai untuk budak-budak. Seronok seharian bermain air dan habiskan masa dengan family. Tempat dia pun lawa-lawa, sesuai la nak tangkap gambar atau selfie lepastu simpan buat kenangan (atau pos kat insta ke facebook...ehem...)
Nak Ke mana Kalau Ke JB!

Dah habis taman tema, cerita tarikan semulajadi. Walaupun JB ni dah developed, kawasan dia sangat besar dan masih ada lagi tempat yang mengekalkan keaslian alam semula jadi diorang. Jadi memang amat ideal untuk sesiapa yang nak lari dari hutan batu kat KL tu haa. Antara tarikan yang ada, macam taman paya bakau kat Tanjung Piai, Pontian. Korang boleh tengok dengan lebih dekat ekosistem paya bakau yang kat sini yang rata-ratanya masih elok lagi. Takpun kalau nak main air, ada air terjun Kota Tinggi. Nyaman weh.....sambil-sambil tu boleh piknik dengan keluarga.
Nak Ke mana Kalau Ke JB!


Last but not least, shopping! Yezza, JB ni pun ada port shopping best-best. Yang paling famous, Johor Premium Outlet tu. Fuh, barang branded semua pada harga murah tak masuk akal. Puas kau borong! Pastu malam-malam sikit, ada Bazaar Karat. Barang sini semua murah-murah, dari barangan antik, stokin, kasut....banyak lagi lah. Kalau penat tu boleh minum-minum kat sana sambil enjoy view Singapore.
Nak Ke mana Kalau Ke JB!

Jadi cemana nak sampai JB ni? Pakai highway PLUS, dari KL, korang boleh sampai dalam tiga empat jam je. Serious. Korang akan tembus Selangor, Negeri Sembilan, Melaka...pastu baru masuk Johor. Dah masuk Johor, drive lama sikit lagi sampailah nampak signboard JB. Ni penting. Karang ada yang terbabas masuk Singapore pulak. Kalau ada standby passport takpe jugak ye dak.

Bila dah sampai JB, apa lagi, korang mesti kena "checkamazing deals on hotel Johor Bahru kat Traveloka!" Banyak betul hotel kat JB ni.....rambang mata pilih. Macam-macam pilihan. Nak dekat dengan bandar? Nak ada kemudahan best? Nak penginapan bajet? Semua ada! Hanya bukak website Traveloka atau app Traveloka di smartphone korang dan go ahead! Semudah tu je dan korang dah takyah pening fikir mana nak tidur kat JB ni.

2 Comments

  1. memang dalam prancangan nak jjcm ke selatan. nak cari makanan best2 di sana hehe..

    ReplyDelete
  2. Yes, semua Mak dah pergi. Yang muzium Tiong Hua tu baru pergi last month. Salam kenalan, Mak orang JB juga ;)

    ReplyDelete