MMM UTM 2018/2019 l Okay hari ni Del secara langsung tengah menulis blog tentang MMM UTM ataupun Minggu Mesra Mahasiswa lebih kurang macam minggu suai kenal. Untuk pengetahuan korang banyak juga kaunter yang ada semasa pendaftaran dan semua itu memudahkan pengurusan pendaftaran korang semasa belajar di UTM. Dan kalau nak tahu minggu program MMM ni semuanya dikelolakan oleh pelajar UTM sendiri. Hebat betul dia orang, Tahniah!.
Datang awal ke lokasi penempatan itu perlu, sebab keadaan trafik pada awal pagi memang sangat sesak di Skudai ni. Jadi, perlu bersedia dan sampai awal. Masa Del ni, pendaftaran bermula pada pukul 8-11 pagi.
situasi semasa selesaikan pendaftaran |
Seperti minggu suai kenal IPT lain juga sebelum masuk ke bilik masing-masing, semakkan dokumen perlu ada. Ada 6 kaunter untuk berurusan berkenaan dokumen penting.
Lepas dapat kunci dan selesai urusan pendaftaran baru masuk ke bilik dan kemas-kemas lah apa yang patut (kolej aku paling jauh kot, penat gak kalau menapak wei nasib baik ada jalan pintas).Kemudian dalam pukul 2 ptg anda semua boleh menghadari minggu suai kenal mewakili kolej-kolej anda.
Situasi Dalam Bilik (ni lelaki punya, kalau perempuan tak pernah pulak masuk) |
Untuk hari pertama, MMM lebih kepada persediaan dokumen penting sebelum daftar kos masing-masing. Masa tu lah, nak semak sama ada dokumen tersebut lengkap atau tidak dengan bantu 'facilitator' anda.
Sepanjang MMM ni banyak ceramah yang akan disediakan buat para pelajar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Universiti (jadi sediakan mata dan telinga tu elok-elok dan dengar). Segala ceramah akan dibuat dalam dewan besar Universiti. Masa ni, korang semua kena beratur ramai-ramai ikut kolej. Kalau kolej yang jauh tu, korang akan disediakan bas nak ke lokasi. Jadi, kadang-kadang ceramah tu bosan dan ngantuk gak lah ( jujur kan~). Tapi apa pun, perhatian kena bagi juga supaya nanti tak ketinggalan.
situasi dalam DSI |
Malam kebudayaan rasanya malam yang tak bosan bagi Del. Sebab masa tu akan ada banyak persembahan artis kebudayaan universiti. Ni kira malam-malam akhir MMM. Pastinya, anda semua takkan rasa bosan. Ketika tu juga, ada dikalangan pelajar baru yang aku membuat persembahan kiranya macam nak mencungkil bakat korang yang baru masuk ni. Lawan cheers paling best, nanti faci korang sendiri akan ajar.
Tapi sebelum malam kebudayan, pagi tu akan ada aktiviti bersukan. Ada yang bertoalak naik bas, ada juga yang jalan kaki. Kalau jauh kolej tu dengan stadium, nanti mereka akan sediakan bas.UTM besar kot, kadang-kadang boleh sesat. Sebab Tujuannya nak cungkil bakat korang juga dalam sukan. Masa tu boleh lah sokong kolej masing dengan cheers yang faci dah ajar.
Gambaran Luar Stadium UTM |
Penat tu memang penat. Siapa je tak penat masa MMM dijalankan, bagi Del semuanya penat. Okay, rasanya tu saja yang Del boleh khabarkan dekat korang yang rasa-rasa tak lama lagi nak masuk UTM tu. Jangan risau, UTM memang seronok. Macam-macam boleh dapat dekat situ.
4 Comments
seronoknya zaman universiti. kalola belajar tu satu pekerjaan akak rela belajar selamanya hehehe..
ReplyDeleteeh macam cantik je bilik del. Malam kebudayaan memang best tengok persembahan orang, yang jadi tak best bila kita yang kayu ni nak kena perform kat atas huhu
ReplyDeletex dapat merasa zaman u ni...sampai zaman sekolah menengah je..kekeke
ReplyDeleteTahniahhhhhh
ReplyDelete