'Watsons Haul' Ogos 2018

'Watsons Haul' Ogos 2018                     l                      Salam buat semua pembaca blog Del. Memandangkan bulan ni persiapan kelengkapan untuk Del sambung belajar maka  banyaklah barang yang telah Del beli. Termasuklah barang keperluan penjagaan diri. Bukan selalu membazir duit untuk kelengkapan diri ni. Nak tahu apa yang Del beli semasa berkunjung ke Watson, boleh terus membaca entri Del ni.

Sambil-sambil Del bagi tahu apa yang Del beli, sambil tu Del sendiri akan bagi 'feedback' tentang produk yang Del cuba tu nanti. Tapi sekarang, Del cuba bagi feedback luaran sahaja untuk produk yang telah dibeli oleh Del.

Okey boleh terus baca di bawah kalau anda belum rasa bosan tentang entri kali ni. Antara senarai barang yang telah Del beli kali ini di Watson adalah, 



  1. Rexona Shower Clean - RM 6.10
  2. Clinelle (Deep Cleansing Gel) - RM 21.06
  3. Good Virtues Co. ( Helpful & Delightful) - RM 12.16 ( -RM 1.61 sebab member, jadi sebotol RM10.55 )
  4. Lifebuoy Total 10 - RM 6.50
Okay, senarai barang kita dah tahu, jadi mari kita adili dari segi luaran produk tersebut. Dai segi bauan yang terdapat pada setiap produk yang di beli ni, kesemuanya wangi dan tidak menyakitkan hidung. Yang paling Del suka, bau produk sampu Good Virtues Co. memang sangat wangi dan menyegarkan. Produk sampu yang Del beli ni sesuai yang jenis rambut berminyak macam Del. Apa pun kesannya berkesan ke tidak nanti Del cuba lepas shampoo rambut sebab tu conditioner.

Kemudian produk yang tak pernah Del cuba, iaitu produk Clinelle. Del mengalami masalah jerawat dan kadang-kadang berminyak juga. Del pernah tengok kawan Del menggunakan produk ni. nampak macam bagus jer. Yang ni katanya sesuai untuk semua jenis kulit. Del juga da cuba tengok tektur gel pencuci muka ni, tak banyak buih. Maknanya sesuai untuk kulit muka yang sesitif.

Selepas itu, produk dari Rexona. Del pernah mencuba produk ni dan rasa ianya tidak lah bermasalah sangat. Tapi jenis produk ni boleh dikatakan terbaru dan tak pernah digunakan oleh Del. Harumannya pun wangi. Nanti kalau dah mencuba Del bagi tahu kesannya.

Lifebuoy, rasanya ramai yang dah gunakan produk ni kan. Rasanya berkesan untuk mematikan kuman masa mandi. Buihnya pun banyak dan wangi. Jadi Del rasa tak perlulah nak bagi feedback sangat tentang produk lifebuoy sebab boleh dikatakan bagus.

Okay itu sahaja perkongsian kali untuk semua pembaca. Harap membantu anda untuk membeli nanti.

2 Comments

  1. Qiss pun selalu shopping kat watson..

    ReplyDelete
  2. masuk sana nak beli 1 barang jer... sekali bila keluar 4,5 barang... adoyai

    ReplyDelete