sumber gambar GOOGLE |
Tips Menabung Cara Del l Salam semua, bertemu kembali kita untuk entri kali ini. Untuk entri kali ini, Del dengan rasa rendah diri nak berkongsi cara menabung Del yang Del rasa berkesan. Maklumlah, Del pun belum lagi mempunyai pendapatan yang kekal sebab masih lagi belajar.
Jadi, kalau dapat duit tu, tak lah banyak. Tapi Del ada perancangan sendiri untuk menyimpan duit. Maklumlah, kadang-kadang duit ni habis macam air, cepat je kering kalau letak tengah panas macam tu juga duit. lagi-lagi kalau jumpa barang-barang yang kita suka berbanding yang kita perlu. Nak tahu tips menabung cara Del, anda semua boleh rujuk di bawah. Harap perkongsian ini semua membantu anda dalam menangani masalah untuk berjimat cermat.
Asing kan 20% Pendapatan
Ini selalu Del lakukan bila dapat duit. Tak kisah lah dari mana duit tu, asalkan ianya dari sumber yang halal. Contoh kalau anda semua dapat RM 10, cuba asing 20% = RM 2. Kalau nak lebih pun boleh. Lagi banyak pengasingan, lagi banyak lah simpanan yang anda ada.Beli yang Perlu
Ini selalu terjadi pada diri Del sendiri, kadang-kadang keliru sama ada beli yang dinginkan atau yang diperlukan. Bab ni, perlu banyak berfikir, sekiranya barangan yang diinginkan menjadi satu keperluan, maka terpulang kepada anda nak beli atau tidak. Tetapi, kalau boleh cari yang paling murah barang tu dan berkualiti. Supaya nanti, tidak lah terjadi apa-apa yang buruk.
Buka Akaun Bank
Buat akaun bank merupakan salah satu langkah untuk anda semua senang nak menabung. Kadang-kadang ada juga orang yang suka menabung di rumah. Tapi, bagi situasi yang susah bila nampak je duit pasti nak digunakan atau nak membeli, Del sarankan supaya anda semua simpan duit dalam bank. Banyak faedah dia kalau simpan dalam bank berbanding di rumah.
Dengan cara menabung di bank, pasti ada sifat MALAS nak keluar kan duit. Bila malas, automatik wang yang ada di dalam bank tidak diganggu. Lantas, penjimatan akan berlaku pada wang anda sendiri. Bukan susah pun nak buka akaun bank, cukup duit yang diperlukan buka la akaun bank. Pilih bank yang senang nak guna (dekat dari rumah) dan senang jumpa (mana-mana ada je bank tu).
Kawal Membeli guna 'Online Banking'
Kan sekarang zaman beli barang secara atas talian atau 'Online'. Kedai-kedai atas talian pun tumbuh seperti cendawan . Tiap-tiap hari mesti ada sahaja kedai yang jual secara atas talian. Jadi, pengawalan bayar guna 'Online Banking' juga perlu dikawal. Contoh 'Online Banking', Maybank2U, CIMBcliks dan sebagainya.
Ini semua memudahkan pelanggan untuk membeli barang secara atas talian. Jadi, kalau boleh cuba kawal beli barang 'Online' guna 'Online Banking'. Lagi-lagi barang banyak yang SALE pulak!. Kawal jer, jangan tak membeli pula (hahaha).
Cuba Melabur guna Emas
Del salah seorang yang pernah melabur guna emas. Bukan melabur pakai skim emas cepat kaya yer! ni beli emas betul dekat kedai-kedai emas. Yer, Del tahu emas tu HARAM untuk orang Islam lelaki macam Del untuk memakai emas. Tapi, Del tak pakai emas, Del beli ibu Del yang pakai. Apa salahnya suruh mak pakai kan ??.
Kalau beli emas, cuba beli emas yang boleh digunakan bukan untuk disimpan. Contoh, jongkong emas nak bawa kemana-mana pun susahkan? Jadi beli emas yang ada jual dekat kedai emas yang cantik-cantik tu. Kenapa melabur pakai emas? sebab, dalam diam harga emas semakin hari, semakin naik, kalau turun pun tak jatuh menjunam. Dari situ, kalau anda beli emas harga RM 150 (contoh), pasti tahun akan datang harga emas yang anda beli tu dah lain harga dia (makin meningkat dari RM 150 jadi RM 180).
Nak lagi lumayan, ada je duit, topup emas tu. Contoh mula-mula dapat beli cincin je, next kalau ada duit boleh topup harga emas tu. Jadi cincin tak ada, gelang pula yang korang ada. Faham??. Alhamdulillah, emas Del pun kalau digadaikan rasa boleh la beli barang best. Ini untuk simpanan jangka masa panjang.
Cuba Bersedekah
Rezki yang Allah bagi pada kita hambaNya jangan lah kedekut kepada manusia yang lain. Cuba bersedekah tak kira lah berapa nilainya, sekurang-kurangnya anda bersedekah. Rasa tak pernah lagi, orang bersedekah jadi miskin. Kalau susah nak bersedekah, cuba ingat kata-kata ni " What You Give, You Get Back". Maksudnya, apa yang anda beri insyaAllah, akan dapat balik nanti. Mungkin lebih lumayan dari sebelum ni. Bukan duit je, PAHALA pun dapat (Saham Akhirat).
Baik lah itu sahaja, perkongsian tips menabung Del kali ni. Kalau ada soalan jangan segan silu untuk bertanya. Maaf kalau ada salah silap.
4 Comments
banyak juga tips menabung del. For now, satu pun takde lagi huhu
ReplyDeletekalau sha ulak, set nak kumpul duit mana. selalu rm5 la hehehe
ReplyDeleteTips yang ohsem Del..
ReplyDeleteterbaik la tips2 ni.. doakan qis selalu menabung..hehe
ReplyDelete