Tips Bercuti Di Langkawi, Malaysia

Tips Bercuti Di Langkawi, Malaysia

Tips Bercuti Di Langkawi, Malaysia            l             Salam buat pembaca blog Del untuk hari ini, info yang Del dapat ingin Del kongsikan kepada anda semua.  Untuk panduan pembaca yang ingin bercuti ke Pulau Langkawi, mungkin sedikit info di bawah dapat membantu percutian anda :

Penerbangan ke Langkawi

Boleh ke sini dengan menaiki kapal terbang, feri atau bawa kereta sendiri ( guna perkhdmatan feri roro).

Penerbangan boleh pilih MAS, Air Asia, Malindo atau Firefly
Penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 jam bergantung kepada jenis pesawat kita naik. Ada hanya 55 minit dan ada mengambil masa 1 jam 20 minit.

Feri ke Langkawi

Jika menaiki feri, boleh naik feri dari Kuala Perlis atau Kuala Kedah untuk ke Langkawi.
Feri dari Kuala Perlis hanya mengambil masa 55 minit manakala dari Kuala Kedah pula mengambil masa 1.5 jam.

Jika menaiki feri, sampai di Jeti Pekan Kuah Langkawi, seeloknya beli terus tiket untuk balik. Ini untuk mengelakkan apabila telah check-out hotel, tiket feri untuk balik ke kKuala Perlis/Kuala Kedah telah habis terutama pada musim cuti sekolah.

Seeloknya belilah tiket secara online terutama semasa peak season untuk elak tiket feri habis atau terpaksa beratur panjang dan lama di jeti.

Untuk ke Jeti Pekan Kuah, elok bertolak dari hotel lebih awal sekitar 2-3 jam sebelum masa feri berlepas. Ini untuk mengelak kesesakan menuju ke Pekan Kuah.

Feri roro ke Langkawi - Bawa Kereta ke Langkawi

Jika ingin membawa kereta sendiri boleh gunakan perkhidmatan feri roro yang disediakan dari Kuala Perlis.

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.langkawiroro.com/

Masa Sesuai ke Langkawi
.
Bila-bila masa sesuai cuma kalau boleh elakkan musim hujan. Jika datang musim hujan, banyak aktiviti akan tergendala. Island Hoping tak boleh, pergi Kilim Geo Park mungkin tak dapat dan naik cable car Langkawi Panoramic juga mungkin sedikit terganggu. Kira pergerakan akan betul-betul terjejas.

Kebiasaannya bulan Disember hingga Februari selalu hujan. Tapi ikut nasib juga, cuaca ni kita tak boleh nak ramal sangat.

Kalau yang bujang tu atau dah berkahwin dan tak ada anak-anak yang bersekolah, elakkan datang pada peak season seperti LIMA, cuti sekolah atau public holiday. Selain kena beratur panjang di tempat tarikan, tempat tu juga akan dipenuhi pengunjung. 

Masa nak makan pun silap-silap kena tunggu lamaaaa..... orang ramai kan...

Masa peak season seperti cuti sekolah, LIMA atau public holiday, kena bayar lebih sedikit seperti kereta sewa dan hotel. Harga makanan juga kalau nasib tak berapa baik pun akan kena bayar lebih. 
.
Nak tawar menawar pakej island hoping / Kilim Geo Park pun susah sikit masa peak season sebab masa tu demand tinggi.
.
Kereta Sewa di Langkawi

Kereta sewa banyak di Langkawi. Boleh ditempah secara online atau telefon. Di airport dan di jeti juga ada kaunter-kaunter kereta sewa.

Penginapan di Langkawi

Hotel, resort, chalet, motel dan home-stay banyak di sini.

Jika musim cuti sekolah dan public holiday, perlu booking awal untuk elak full house. Start la booking 2-3 bulan awal.

D’Coconut Villa Langkawi selalunya menjadi pilihan pengunjung disebabkan kedudukannya yang strategik iaitu terletak betul-betul sebelah airport. Hanya mengambil masa 5 minit dari Airport Langkawi , 10 minit ke Pantai Cenang dan 15 minit ke Pekan Kuah.

Nak makan pun senang di sini, banyak pilihan. Terletak berdekatan Restoran Ikan Bakar Kak Yan yang terkenal di Langkawi.

Makan di Langkawi

Terdapat banyak pilihan untuk makan di sini. Juga terdapat beberapa tempat special dan yang agak 'viral' di lokasi tertentu, yang perlu dikunjungi jika ke sini.

Harga makan di sini tidak la mahal seperti di sesetengah pulau percutian. Kalau datang dalam mode "cuti budget', elakkan makan di restoran seafood dan seumpamnya. Lobster di sini bukan murah macam harga lobster di Kota Kinabalu yer.

Tempat Menarik di Langkawi

Langkawi ni memang tempat tumpuan pengunjung ... dalam dan luar negeri. Sentiasa ramai.

Survey dulu pakej harga untuk pakej-pakej island hoping, mangrove tour dan seumpamanya.

Datang sini jangan lupa ke Panaromic Langkawi ( Sky Cab ). Kalau ada keberanian, boleh berjalan di jambatan gantung di puncak tu nanti.

Antara tarikan lain di Langkawi yang menjadi tumpuan pengungjung adalah 3D Art Museum. Cuti sekolah, nak bergambar dengan kreativiti susah sikit sebab ramai pegunjung dan masing-masing tunggu turn nak bergambar.


Jika datang pada musim cuti sekolah atau public holiday, jangkakan kena 'Q' panjang terutama nak naik cable car. Berjam kena beratur kecuali sanggup bayar harga untuk express lane. 

Senarai tempat menarik yang perlu dilawati ketika bercuti di langkawi seperti :

1) Art in Paradise
2) 5D Muzium - Believe Langkawi
3) Pantai Cenang
4) Pantai Tanjung Rhu
5) Pantai Tengah
6) Pantai Pasir Tengkorak
7) Pulau Payar Marine Park
8) Pulau Beras Basah
9) Gunung Raya
10) Air Terjun Telaga Tujuh
11) Air Terjun Temurun
12) Air Terjun Durian Perangin
13) Tasik Dayang Bunting
14) Dataran Lang
15) Taman Lagenda
16) Underwater World Langkawi
17) Langkawi Wildlife Park
18) Taman Buaya Langkawi
19) Makam Mahsuri
19) Galeri Padi
20) Herbawalk Langkawi
21) Kompleks Kraf Langkawi
22) Oriental Vilage
23) Galeria Perdana
24) MARDI Langkawi Agro Technology Park
25) Kompleks Haji Ismail Group
dan banyak lagi

Shopping di Langkawi

Langkawi juga terkenal sebagai Pulau Bebas Cukai. Pelbagai barangan di sini bebas cukai dan lebih murah dari tanah besar.

Antara barangan yang selalu dibeli adalah set pinggan mangkuk, coklat, kain batik/pelikat, minyak gamat dan rokok.

Kedai bebas cukai terdapat di Pekan Kuah. Kedai yang biasa menjadi tumpuan adalah Haji Ismail Group, RAMS, Idaman Suri,

Ada barangan mempunyai limit belian dan bergantung kepada berapa lama kita menginap di Langkawi. 

Limit belian adalah yang belian yang tidak dikenakan cukai. Jika membeli lebih dari yang dibenarkan, akan dikenakan cukai oleh pihak kastam di Airport.

Antara limit belian : 

Kain batik hanyaboleh beli maksimum 2 helai jika datang sehari semalam dan 6 helai jika menginap lebih 2 malam. Tak silap saya kain batik jawa (3 serangkai contohnya) ada larangan tapi tak pasti sejauh mana 'larangan'nya.

Set pinggan mangkuk juga hanya dibenarkan 1 set sahaja jika datang sehari semalam. Tapi kalau menginap beberapa malam dan datang dengan ahli keluarga, tidak menjadi masalah. ( berdasarkan pengalaman)

Rokok ikut kata kawan saya hanya di benarkan 2 karton sahaja. Jika menginap lebih 2 malam pula saya tak pasti maksima boleh beli.

Barang lain seperti coklat dan minyak gamat tiada sekatan had limit.

Di sini juga banyak dijual beg-beg luggage dengan harga cukup murah.

Simpan tiket feri/kapal terbang serta bil hotel/resort / homestay untuk rujukan pihak kastam bagi menentukan berapa malam kita menginap di Pulau Langkawi



sumber: FB tempatmenarikmy

2 Comments

  1. terima kasih sudi share tips. kebetulan sangat yang saya nak pergi

    ReplyDelete
  2. okay good info..tapi sekarang dah ada yg bole drive ke sana kan? haa bole la buat entry untuk bwk kereta ke sana

    ReplyDelete