Nasi Arab Damsyik, Menu Tengahari

Nasi Arab Damsyik, Menu Tengahari
Suasana depan restoran, sorry tak penuh gambarnya nak cepat.

Nasi Arab Damsyik, Menu Tengahri           l           Salam buat pembaca blog Del. Dah makan ke semua, kalau belum, entri kali ni Del nak kongsikan menu makan tengahari seperti yang tertulis pada tajuk entri kali ini, iaitu Nasi Arab Damsyik. Amboi jauhnya makan kali ni, sampai ke timur tengah. Sebenarnya, tak lah jauh mana, pada siapa yang duduk di sekitar Seremban terutama Senawang pasti sudah lali dengan hidangan yang mengenyangkan ni kan.


Untuk pengetahuan, Nasi Arab Damsyik ni bukan la satu menu baru untuk kita ni, sebenarnya dah lama pun, cuma Del sendri yang baru nak merasa nasi arab Damsyik ni. Kalau nasi arab biasa tu, pernah je makan cuma kali ni, tempat dia sahaja yang berbeza. Okay untuk pengetahuan anda yang baca ni juga, makanan ni Del rasa sebab ada yang belanja iaitu itu Makcik Del sendiri. Terima kasih Mak Ngah :D.

Sebenarnya, menu tengahari hari tu, tidak lah dirancang sama sekali. Yelah, tak berniat pun nak makan nasi arab dekat situ. Ingat nak makan yang biasa-biasa je. Sekali, yang biasa-biasa tu jadi luar biasa pula (HAHAHAHA). Kononnya, nak tukar selera la sekali-sekala, tu yang terlintas di kepala nak makan nasi arab. Jadi, Nasi Arab Damsyik, jadi pilihan menu makan tengahari Del kali ni.


Nasi Arab Damsyik, Menu Tengahari

Nasi Arab Damsyik, Menu Tengahari
Suasana kalau nak makan bersila.
Kalau tak nak boleh duduk atas kerusi di luar


Nak cerita pasal 'Food Review' rasanya, ramai blogger yang dah buat. Tapi, citarasa makanan tu kan ikut tekak masing-masing kan. Jadi, Del pun boleh juga luahkan pendapat dan sedikit komen untuk makanan ni. Yelah nasi Arab Damsyik, menu baru untuk Del. Jadi ikut pendapat Del sendiri kali  ni ye.

'Food Review' Nasi Arab Damsyik ( KHAMSA 5 set - Kambing )


Nasi Arab Damsyik, Menu Tengahari
Air tu bukan dalam set ye.

Kita mulakan dengan menu yang ada. Anda semua boleh rujuk gambar di bawah. Jangan tengok harga dulu, tengok dulu pada senarai menu yang ada. Yang pastinya, bila makan nasi arab mereka akan pastikan anda semua kenyang tak terkata. Contoh, macam kami sendiri pilih set menu Kambing untuk 5 orang makan. Tapi rasa macam untuk 8 orang makan banyak dia. Kalau tak habis, tak pe pesan dekat pekerja tu untuk bungkuskan untuk di bwa pulang dan sambung makan semula di rumah.

Rasa pada menu tengahari kami kali ini, iaitu Nasi Arab Kambing boleh dikatakan sedap juga. Apa yang sedapnya, iaitu perasa pada nasi arab tersebut serta daging kambing. Setiap kali bila menu nasi arab tersedia pasti setnya disediakan sekali dengan rencah-rencah sampingan untuk menaikkan lagi rasa pada nasi dan daging tersebut. Kalau tak nak pun tak apa. Ikut selera masing-masing la. Kadang-kadang ada yang suka, ada juga yang tak suka bila rasa sambal tomato yang sedikit masam. Itu semua pelengkap untuk menu nasi arab.

Daging kambing yang tersedia di atas nasi itu pun tidak liat, sebab ianya empuk. Kiranya senang la nak kunyah dan nak gigit. Mungkin ada teknik-teknik yang digunakan untuk melembutkan tekstur daging tu supaya bila dimakan tidak lah mengeluarkan tenaga lebih (HAHAHAHA). Kambingnya pun tidak begitu berbau, cukup sesuai untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Jika diberi undian 1 sampai 10, mungkin Del akan berikan menu ni 9/10. Rasa nya itu pun berbaloi kan. Kalau korang nak tau boleh la datang dekat alamat di bawah. Mana la tahu kalau dari jauh tu nak datang boleh la ke sini. Del bukan promot restoran ni ye. Del cuma nak kongsikan benda baik je. Mana tahu ada rezki lain untuk diri sendiri kelak.


No. 1, Taman Bougainvillea,
Jalan Senawang-Paroi,
70400 Seremban.
Negeri Sembilan.

Okay, rasanya itu sahaja entri untuk kali ini. Harap perkongsian ini dapat memberikan anda sedikit manfaat. Terima kasih :D

0 Comments