Aidil Adha Del 2018

Aidil Adha Del 2018

Adil Adha Del 2018                  l                      Salam Aidil Adha buat semua umat Islam, terutama yang tengah baca blog Del ni. Untuk entri Aidil Adha Del ni, Del nak kongsikan serba sedikit mengenai pengalaman Aidil Adha Del kali ini. Harap anda semua tenang bila membaca.

Aidil Adha kebiasaanya, bagi keluarga kami sambut biasa-biasa saja. Tidak terlalu meriah berbanding dengan hari raya puasa. Biasalah, bila tiba aidil adha, ibadah korban akan dijalankan bagi yang berkemampuan. Walau bagaimanapun, ibadah korban kali ini tak dapat dilaksanakan oleh kerluarga kami. Mungkin aidil adha akan datang, moga anda semua doa-doakan rezki keluarga kami.

Walaupun tak dapat buat ibadah korban untuk keluarga kami sendiri, tapi masih ada lagi yang menjemput keluarga untuk sama-sama bergotong-royong melaksanakan ibadah korban di rumah mereka. Malangnya, kali ini Del tak sertai mereka cuma abang, adik dan abah saja yang sertai. Kenapa tak sertai tu sebab mungkin ada komitmen yang ada di rumah. 

Nak tahu menu malam raya dan juga pagi raya buat keluarga kami?. Aidil adha seperti yang Del cakapkan, keluarga kami cuma menyambut dengan cara sederhana sahaja. Tiada ketupat atau lemang yang disediakan dari kami. Tetapi, apupun menu makanan kami masih sedap, lagi-lagi ibu yang masak. 

Aidil Adha Del 2018

Hidangan pulut kuning bersama sambal petai menjadi hidangan malam raya kami dan nasi minyak pula beserta lauk kurma menjadi hidangan kami selepas sembahyang raya. Untuk manisan pula brownies yang di tempah oleh kakak ipar Del menjadi manisan raya kami. Semua hidangan yang mudah dan ringkas tu semua enak dijamu pada hari raya Aidil Adha kami.

Aidil Adha Del 2018


Okay itu saja perkongsian Aidil Adha Del. Selmat hari Raya Aidil Adha :)

2 Comments

  1. salam aidiladha del. wah rare nya sambut raya dengan brownies hahaha.

    ReplyDelete