Salam buat semua pembaca blog Del hari ini. Diharap anda
semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa sukses. Tu dia!. Jadi hari ini
Del nak tanyakan kepada anda semua berkenaan tajuk di atas. Ianya berkenaan
perkara yang anda pernah lakukan ketika waktu hujan.
Selain daripada anda pernah melakukan aktiviti
dalaman, pernahkan anda mencuba aktiviti luaran, tetapi dalam waktu hujan. Sekiranya pernah maknanya
kita sama lah. Kebanyakan nya aktiviti ini dilakukan pada waktu kecil.
#throwback la katakan.
Jadi di bawah ini Del ada sediakan jenis permainan yang anda
boleh lakukan ketika waktu hujan. Diharap anda semua seronok membacanya. Sekiranya
anda tidak berpuas hati, nak buat macam mana, ini permainan antara yang Del
pernah lakukan. Jadi selamat mencuba!
Lumba Kapal Kertas
Lumba Kapal Kertas
Ketika ini, longkang atau parit di
rumah anda menjadi sasaran utama untuk permainan ini. Setelah membuat origami
berbentuk sebuah kapal, maka permainan ini dapat dilaksanakan.permainan ini
diadili dengan kapal mana yang sampai destinasi dahulu, kapal tersebut lah yang
akan menang. Tipu lah sekiranya anda tidak pernah mencuba permainan ini dan
tersangat rugi lah anda sekiranya tidak mencuba permainan ini. Legend jugak lah
permainan ni saat hujan lebat. Del pun pernah cuba.
Luncur air dalam hujan
Luncur air dalam hujan
Lagi lebat hujan, lagi banyak air
yang akan bertakung di permukaan tanah atau rumput. Lagi-lagi pada permukaan
tanah yang berlopak-lopak. Bila air hujan mula bertakung di dalam lopak
tersebut, maka mulalah aktiviti mengotorkan baju sehingga akan dimarahi oleh
mak ayah. Hahah~ Del pernah jugak rasa pengalaman tu. Seronok juga tapi,
sekiranya nak mencuba jangan main ketika hujan baru nak bermula, anda perlu
tunggu dalam 10-15 min. Bukan apa takut nanti demam pulak. Sebab waktu tu hujan
sedang membersihkan kotoran-kotoran dari udara.
Main bola sepak dalam hujan
Main bola sepak dalam hujan
Yang ni, Del belum pernah cuba
sebabnya Del ni kaki bangku. Tapi Del pernah jugaklah tengok abang-abang Del
masa zaman kecil-kecil dahulu main bola sepak dalam hujan. Lagi lebat hujan,
lagi semangat la nak main. Sambil sepak bola, sambil tu sepak sekali lecak yang
ada. Bila terkena air lecak tu pada kawan lagi seronok. Dapat la bergurau. Masa
tu lah hubungan persahabatan dapat dieratkan.
Kejar-kejar dalam hujan
Kejar-kejar dalam hujan
Selain daripada itu, permainan
kejar-kejar ini tidak asing lagi dalam kalangan kanak-kanak. Betul tak?. Lagi-lagi
main kejar-kejar dalam hujan. Sampai tergolel-golek atas padang sampaikan baju
masing-masing basah la. Tapi dalam seronok-seronok main hujan tu, jaga-jaga
sikit bila petir menyambar. Tak nak lah sampai terjadinya perkara buruk masa
seronok bermain hujan. Jadi, anda perlu sentiasa berhati-hati.
Air terjun buatan sendiri
Air terjun buatan sendiri
Siapa pernah cuba buat perkara ni?
Ini bermakna anda mempunyai daya pemikiran yang sangat kreatif. Jarang ada
budak buat benda ni. Del pernah cuba perkara ni. Lagi-lagi bila waktu hujan
lebat turun. Pantang Nampak cerun sikit, mula lah susun batu-batu, sampai la Nampak
rupa macam air terjun. Seronok betul bila dapat tengok air tersebut mengalir
pada batu-batu yang telah disusun. Nak kreatif lagi letak lah rumput atau
pokok-pokok kecil berhampiran batu-batu tu. Nak buat lanskap katanya. Haha
Apa-apa main hujan tu, main juga. Tetapi anda perlu sentiasa
diingatkan supaya sentiasa berhati-hati. Elak kan bermain ketikan petir sedang
sambar-menyambar. Yang penting jaga kesihatan dan sentiasa beringat. Sekian. Jangan
lupa share manalah tahu, takut-takut ada rakan-rakan anda pernah buat aktiviti
macam ni.
0 Comments