Pengalaman Di Taman Tema Air A'famosa, Melaka


Ok guys jom kita mulakan blog aku ni dengan Bismillah.
Salam sejahtera dan Assalamualaikum semua. Berdasarkan tajuk yang aku bagi di atas ianya berkenaan dengan pengalaman aku bercuti di Taman Tema Air A'famosa, Melaka. Untuk pengetahuan anda semua, percutian aku ini dilakukan bersama rakan baik aku. Tak ramai pun sebenarnya, tapi ok la tu asal ada. 

Tujuan percutian pendek ini dijalankan adalah, untuk menyambut kira nya nak " Celebrate" la senang cerita kawan aku seorang ni sebab dia nak pergi sambung belajar. Dengan harapan, bila dia da pergi nanti dia masih ingat lah lagi dekat kami.

Tempat ini beroperasi sekitar jam 9.00 pagi - 6.00 petang. Jadi bagi sesiapa yang telah menempah tiket awal ataupun belum tu boleh lah datang awal. Bukan apa, cuma nak pastikan korang tidak membazir masa. nanti banyak pula permainan korang tidak dapat cuba. Akhirnya, nanti tak puas lah hati tu nak mandi-manda dengan penuh rasa nikmat. Tapi masa hari kejadian, aku sampai lewat dari kawan-kawan aku, dan membuatkan mereka semua tertunggu-tunggu. Mohon ampun ya kawan-kawan. hahaha~

Tiket masuknya pun takda lah mahal sangat. Nak murah pandai-pandai la korang semua "Booking online". Pendek kata kena la pandai cari. Nak "Walk In" pun boleh, tapi harga dia mahal sikit lah but still boleh lagi la punya hati dan perasaan jika nak dibandingkan dengan sesetengah taman tema lain. 

Ini lah contoh kalau nak "Book online ticket". Kami guna travelog.com


Berkenaan dengan permainan yang ada di situ, boleh dikatakan banyak juga lah. Paling best, gelongsor yang ada di situ semuanya tidak membosankan terutama sekali gelongsor "Big Ice Cream Waterslide". Pengalaman masa naik gelongsor ni memang tersangat la takut dan berdebar walaupun awal-awalnya aku rasa macam seorang "Hero" Malaya.Hahah. Gayat lagi lah, tak payah cerita. Walau apa pun aku dan rakan-rakan masih lagi berpuas hati. 
Ini lah dia gelongsor  "Big Ice Cream Waterslide"

Ok seterusnya, berkenaan pelampung. Seperti di taman tema air yang lain, pelampung di situ di sewakan. Dengan bayaran sebanyak RM 30, anda boleh dapat menyewa pelampung yang ada 2 gelung. Tapi jangan risau, setelah anda menggunakan pelampung tersebut, anda akan mendapat pulangan RM 15 apabila dipulang kan. Kiranya harga RM 30 tu telah dicampur dengan deposit RM 15. Sekiranya hilang pelampung anda itu, maknanya duit deposit RM 15 pihak mereka tidak dapat memulangkannya kepada anda. Pendek cerita, jaga la pelampung korang tu elok-elok ye.

Fasiliti yang ada di situ, boleh dikatakan aku berpuas hati lah juga.Cuma bab makan itu sahaja yang kena fikir banyak kali kalau nak beli. Tapi kebiasaannya, semua taman tema kalau bab makanan memang macam tu. Mungkin itu cara mereka berniaga. Mungkin lah.

Akhir sekali, aku dan rakan-rakan pun pulang jam 4.15 ptg. Lebih kurang macam tu lah. Di bawah ini, aku nak share sikit lah gambar-gambar pada hari kejadiaan. Di harap, agar anda semua terhibur. Ok bye! still keep positif.
Pintu masuk kawasan A'famosa.

Tunjuk la sikit rupa tiket masuk



Tak lepas peluang bergambor kenagan. Maaf ni bukan "family photo"




6 Comments

  1. Happy travelling,friend.
    Nice trip story ...

    Regards from Indonesia.

    ReplyDelete
  2. tak pernah sampai lg sini. mcm best jer. boleh lah bawak anak2 jalan situ. salam kenal dr www.mamajue.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bwk lah mereka nanti,, salam kenal juga dri saya Del asyraf.. :)

      Delete
  3. Pernah sampai sini tapi jalan-jalan keliling je. Macam best. Salam kenal from aishahkamaludin.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye ker...btw salam kenal juga, done follow you :)

      Delete