Cici Dan Caca Peneman Dikala Menganggur

Salam buat pembaca blog Del hari ini, diharap anda semua berada di dalam  keadaan sihat. Untuk entri pada hari ini, Del dengan bangganya nak menulis tentang  Cici dan Caca  Del.

Siapa Cici & Caca?
Cici & Caca Del adalah sejenis haiwan peliharaan Del. Mereka sejenis ayam belanda. Unikkan... Jarang orang sekarang nak bela haiwan macam tu terutama sekali yang tinggal di kawasan bandar.



Yang Hitam itu Cici, Putih Itu Caca



Kebiasaan nya orang akan memilih haiwan seperti kucing,arnab atau sejenis tikus mondok, tapi Del kali ini nak buat kelainan sedikit dari segi haiwan peliharaan. Sebenarnya, Del ada juga haiwan peliharan seperti kucing, namanya Bobi. Tetapi, Bobi tidak tinggal dengan Del sekarang sebab Bobi tinggal bersama abah Del. Memandangkan Del tinggal di kawasan kampung maka Cici dan Caca lah yang menjadi peneman Del sementara menganggur ni.

Kenapa menggangur?
Del sebenarnya tak nak pun mengangur ni, tapi disebabkan Del cuma teman ibu tiggal di kampung tu yang susah nak gerak ke mana. Sebelum ni kerja sambilan di Pasaraya, tapi sekarang tidak lah, lantas Del pun jadi lah "Mr. Mama" dekat rumah. Lagi pun Del dalam proses untuk sambung belajar, Doakan yer kawan-kawan supaya ada tempat untuk saya ke universiti awam (UA).

Ade ke yang tak tahu lagi ayam belanda tu macam mana? Mari del tunjukkan contohnya.

Bila Mereka Dah Besar, Begini Lah Rupanya

Nanti, Cici & Caca da besar akan jadi seperti mereka. Nama bahasa Inggeris nya "Turkey". Sekarang masih kecil. Ahahah. Okay sekarang Del nak kongsikan rutin harian Cici dan Caca. Seperti biasa, rutin harian Cici dan Caca seperti haiwan yang lain. Makan,minum & tidur (samalah macam aku sekarang,eh tak..hahahah).

Sekiranya anda semua ingin bela haiwan macam Cici dan Caca, anda tidak seharusnya membuat mereka semua ini berada dalam keadaan stress atau terganggu. Sama macam haiwan yang lain, bila da besar sikit jangan terlalu letakkannya di dalam sangkar, takut nanti sistem pencernaan dia tak betul, lalu mengeluarkan bau najis yang agak busuk. Haiwan seperti mereka perlu dilepaskan untuk di memberikan keselesaan pada badan mereka. Sama lah macam manusia kalau terkurung sahaja dalam bilik dan terkunci pasti akan rasa rimas. Betul tak?.

Seronok sebenarnya bela haiwan berupa spesis ayam ini, senang nak jaga. Bila da besar mereka tahu cari makan sendiri. Lepas kan saja ke halaman rumah tahu la apa mereka akan buat. Sampai masa mereka pulang ke sangkar.

Keistimewaan yang ada pada haiwan belaan saya iaitu Cici dan Caca ini, mereka ini sepasang. Semasa beli pun memang minta pada tuan kedai untuk sepasang. Maknanya ada jantan, ada betina. Senang lah nanti mereka nak tambah kan zuriat. Ahahahha #keturunanayambelanda. Mereka macam pasangan kekasih, jalan sentiasa berdua, seolah-olah mereka sudah tahu tentang jodoh mereka. Hahaha~

Soal kesihatan juga perlu diambil kira. Tidak kira lah haiwan macam mana sekali pun,kesihatan & kebersihan perlu dititik beratkan. Seperti Cici dan Caca, makanannya perlu lah berkualiti, dan juga cecair untuk mengelakan selsema burung perlu diletakkan pada minuman mereka. Cegah sebelum terlambat.

Contoh Cecair Yang Del Gunakan Untuk Elak Selsema Burung


Kesimpulannya, bela haiwan macam mana sekali pun, anda semua perlu ambil berat tentang mereka. Hal ini kerana, mereka telah pun menjadi tanggugjawab anda. Untuk itu, itu sahaja yang Del dapat kongsikan pada anda semua. Semoga bermanfaat.


Sekian terima kasih.

7 Comments

  1. Wow rare punye pet ni šŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan~ hahah bukan calang-calang nak beli hahahh

      Delete
  2. Pet yang sangat jarang dari kebiasaan. Nama pet ni pun comel je. Hehe....ayam ni kalau kat Kedah dipanggil Ayam Piru kalau tak silap saya.

    ReplyDelete
  3. comel jugak cici dan caca ni hehehe. betul tu, kalau bela pet apa sekalipun, jaga mereka sebaik-baiknya.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  4. Memang jarang orang bela ayam belanda as pet. Usually makan selepas ia besar. Haha! I hope it won't happen to Cici and Caca!

    ReplyDelete
  5. first time seeing this as pet... hmm... will they recognize their owner too?

    ReplyDelete