Blog Segmen: Hye! Bloglist 2020


Hai salam sejahtera buat pengunjung blog cakapsinilah.com . Terima kasih atas sokongan anda semua dan memberi semangat kepada Del untuk meneruskan berkarya walaupun secara sambilan. Dengan itu di kesempatan ini, Del telah pun menyediakan Blog Segmen yang terbaru untuk mencari senarai blog terpilih untuk tahun 2020 dan bakal disiarkan di laman web cakapsinilah.com . Tujuannya adalah untuk mengenali, dan mengeratkan lagi persahabatan dengan blogger yang lain.

Sekiranya, anda berminat anda boleh mengikuti syarat-syarat dan langkah-langkah dibawah. Hanya, 15 pemilik blog sahaja yang bakal dipilih untuk di siarkan sepanjang tahun 2020. Jadi selamat mencuba!

Syarat-syarat:

Terbuka kepada blogger Malaysia sahaja. Tidak kira lelaki atau wanita. Tiada had umur. Mempunyai blog atau laman sesawang sendiri.

Jom ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Follow blog cakapsinilah.com dan LIKE page cakapsinilah di Facebook.
2. Sediakan entri berkaitan harapan anda untuk tahun 2020 bersama dengan bena di atas dan backlink kan bena tersebut dengan segmen entri bloglist 2020 ini.
3. Share entri anda di facebook dengan sebanyak mungkin.
4. Komen di ruangan entri ini bersama dengan link entri anda.

*Mula 20 November 2019*
*Tamat 31 December 2019*

2 Comments