Nak Ke mana Kalau Ke JB! l Pening fikir mana nak pergi berjalan? Nak pusing KL, bosan
da. Nak naik flight pun jauh. Kereta baru servis, ingat nak guna kereta,
tapi...tak tau jalan ke mana.
Camnilah, kita cerita sikit pasal bandaraya kedua terbesar
di Malaysia lepas KL....iaitu JB. Johor Bahru. JDT. Haa yang team bola tu. Tapi
ni kita cerita lebih pasal tanah kelahiran JDT ni iaitu bandaraya JB sendiri.
“Tapi JB ada apa je?”
JB ada macam-macam bro. Kau je tak tau. Boleh kata JB ni
kuasa ekonomi terbesar selatan kot. Jadi banyak benda kau boleh jumpa dan
jenjalan kat JB ni. Betul tak tipu punya...
Tapi sebelum tu sembang sikitla pasal asal-usul Johor Bahru
ni. Tak lama pun kejap je. Bandaraya Johor Bahru ni da lama ada sebenarnya,
sejak tahun 1855 lagi. Time tu dia dikenali sebagai Tanjung Puteri dan dibuka
oleh Temenggong Daeng Ibrahim. Sebelas tahun kemudian baru Sultan Abu Bakar
berkenan nak menamakan semula Tanjung Puteri sebagai Johor Bahru, puncanya?
Sebab peralihan pusat pemerintahan dari Teluk Belanga kat Singapore sana tu. Bawah
pemerintahan bagindalah yang JB berkembang pesat sampailah ke hari ini. Kalau
nak tau, JB dahpun diiktiraf sebagai sebuah bandaraya sejak 1 Januari 1994
lagi.
Ok dah cukuplah cerita pasal sejarah nanti korang boring.
Sambung. Jadi apa yang ada kat JB ni sebenarnya?
Tempat bersejarah.
Taman tema.
Tarikan semulajadi.
Tempat makan. Apa, nak jalan-jalan nanti confirm lapo kan?
Singgah makan makanan Johor sekali alang-alang tu, betul tak?
Tempat membeli-belah pun ada beb!
Mari kita go through satu-satu item ni. Haa, tempat
bersejarah. Disebabkan Johor Bahru ni panjang umurnya dan legasinya, maka
banyak tarikan bersejarah kat sini yang boleh dilawati. Antaranya Muzium Sultan
Abu Bakar. Muzium ni dulunya istana untuk Sultan Johor sebelum direnovate
sebagai muzium untuk keluarga diraja. Selain tu ada jugak Muzium Warisan
Tiong-Hua atau Chinese Heritage Museum. Kat sini ada galeri yang menceritakan
sumbangan masyarakat Cina kepada pembangunan JB dan juga negeri Johor secara
general.
Taman tema pulak. Ada Legoland Malaysia Resort! Ada Puteri
Harbor Indoor Theme Park! Dua-dua ni kat area Nusajaya. Memang family friendly
dan sesuai untuk budak-budak. Seronok seharian bermain air dan habiskan masa
dengan family. Tempat dia pun lawa-lawa, sesuai la nak tangkap gambar atau
selfie lepastu simpan buat kenangan (atau pos kat insta ke facebook...ehem...)
Dah habis taman tema, cerita tarikan semulajadi. Walaupun JB
ni dah developed, kawasan dia sangat besar dan masih ada lagi tempat yang
mengekalkan keaslian alam semula jadi diorang. Jadi memang amat ideal untuk
sesiapa yang nak lari dari hutan batu kat KL tu haa. Antara tarikan yang ada,
macam taman paya bakau kat Tanjung Piai, Pontian. Korang boleh tengok dengan
lebih dekat ekosistem paya bakau yang kat sini yang rata-ratanya masih elok
lagi. Takpun kalau nak main air, ada air terjun Kota Tinggi. Nyaman
weh.....sambil-sambil tu boleh piknik dengan keluarga.
Last but not least, shopping! Yezza, JB ni pun ada port
shopping best-best. Yang paling famous, Johor Premium Outlet tu. Fuh, barang
branded semua pada harga murah tak masuk akal. Puas kau borong! Pastu
malam-malam sikit, ada Bazaar Karat. Barang sini semua murah-murah, dari
barangan antik, stokin, kasut....banyak lagi lah. Kalau penat tu boleh
minum-minum kat sana sambil enjoy view Singapore.
Jadi cemana nak sampai JB ni? Pakai highway PLUS, dari KL,
korang boleh sampai dalam tiga empat jam je. Serious. Korang akan tembus
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka...pastu baru masuk Johor. Dah masuk Johor,
drive lama sikit lagi sampailah nampak signboard JB. Ni penting. Karang ada
yang terbabas masuk Singapore pulak. Kalau ada standby passport takpe jugak ye
dak.
Bila dah sampai JB, apa lagi, korang mesti kena "checkamazing deals on hotel Johor Bahru kat Traveloka!" Banyak betul hotel kat JB
ni.....rambang mata pilih. Macam-macam pilihan. Nak dekat dengan bandar? Nak
ada kemudahan best? Nak penginapan bajet? Semua ada! Hanya bukak website
Traveloka atau app Traveloka di smartphone korang dan go ahead! Semudah tu je
dan korang dah takyah pening fikir mana nak tidur kat JB ni.
2 Comments
memang dalam prancangan nak jjcm ke selatan. nak cari makanan best2 di sana hehe..
ReplyDeleteYes, semua Mak dah pergi. Yang muzium Tiong Hua tu baru pergi last month. Salam kenalan, Mak orang JB juga ;)
ReplyDelete