MELETOP Steamboat & Grill

MELETOP Steamboat & Grill

Hai semua pembaca blog Del. lama Juga tak menulis tentang gaya hidup Del. Tapi kali ini, Del sudah pun sediakan entri yang agak menarik perhatian anda semua. Untuk entri kali ini, Del akan kongsikan tempat makan yang mungkin ada antara anda yang telah mencuba dan mungkin juga ada yang masih belum mencubanya.


Berdasarkan tajuk entri kali ini, itu la tempat yang ingin Del sampaikan. Meletop Steamboat & Grill merupakan lokasi tarikan buat kali ini. Untuk pengetahuan, Del ke sana dengan rakan-rakan. Yelah teringin pula tekak ni nak makan steamboat. Jadi kami cari lokasi yang paling hampir dengan kami. Maka, Meletop ni lah yang jadi pilihan kami.

Kalau anda semua nak tahu, di sini mereka menyediakan pelbagai rencah, sayur-sayuran dan pelbagai jenis makanan laut dan juga daging. Jadi, anda semua boleh mencuba pilihan yang ada. Selain dari itu juga, mereka juga sediakan menu pencuci mulut. Agak-agak kalau dah habis makan atau pun sebelum makan nak rasa pencuci mulut boleh la ambil sendiri. Perkhidmatan layan diri sahaja yang ada disitu. Lepas bayar ambil sendiri bahan-bahan yang anda sendiri perlukan. Tak perlu tunggu pelayan yang kerja disitu untuk ambilkan makanan. Sekiranya kuah sup kehabisan, anda semua boleh minta pertolongan mereka untuk ambilkan.


MELETOP Steamboat & Grill

MELETOP Steamboat & Grill

MELETOP Steamboat & Grill

MELETOP Steamboat & Grill

Secara keseluruhannya, Del berpuasa hati dengan perkhidmatan yang ada dan juga bahan-bahan yang disediakan. Tapi Del rasa mungkin mereka boleh mempelbagaikan bahan-bahan untuk steam tu lebih lagi. Kalau anda semua nak pergi boleh lah tengok info dekat bawah ni yang Del sediakan. Terima kasih keranam membaca :)


ADDRESS

9-11, Jalan Enau 14, Taman Teratai, 81300 Johor Bahru, Johor, Malaysia, 81300, Skudai, Johor

CONTACT

0137448634
OPERATING HOUR
Every day
04:00PM—12:00PM

0 Comments