Food Review: Nasi Mc.D


Hai buat semua pembaca blog Del cakapsinilah.com. Harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera je. Untuk entri kali ini, Del nak buat sedikit review makanan. Nama makanan ni ni Nasi Mc.D . Nak dapat di mana makanan ni? Semestinya di resotaran Mc. Donalds berdekatan anda. Mungkin ada antara anda yang dah pernah makan jadi mereka semua dah tahu bagaimana rasa menu tersebut. Tetapi bagi yang belum pernah mencuba menu ni, di sini Del sendiri akan kongsikan kepada anda semua.


Untuk menu Nasi Mc.D anda semua akan menerima Nasi berserta ayam goreng pedas Mc.D, salad dan juga sambal yang direka khas oleh produk Mc.D . Mari Del review nasi Mc.D tersebut yang mejadi menu utama dalam menu tersebut.




Untuk nasi, rasanya seakan-akan nasi ayam biasa. Rasanya bagi Del boleh diterima juga lah. Kalau diberi undian 1 - 5 bintang Del mungkin akan bagi 4 bintang. Itu pun bergantung kepada rasa nasi pada ketika itu. Secara keseluruhannya, Del boleh menerima rasa tersebut.

Seterusnya, ayam goreng pedas Mc.D . Ayam goreng Mc. D mungkin menjadi punca utama pelanggan macam Del ni nak mencuba menu ni. Jadi, Del rasa ayam goreng ni tidak ada masalahh buat diri Del. Rasa pedas dan garamnya cukup tambah pula dengan kerak-kerak ayam goreng yang ranggup pasti nasi Mc.D tadi akan menjadi satu gabungan hidangan yang lengkap.

Untuk salad, Del rasa tak perlu untuk Del ceritakan macam mana rasanya. Sebab masing-masing tahu rasa salad kan. Baiklah, kita teruskan dengan rasa sambal Mc.D.  Mungkin bahagian sambal ni agaknya mengecewakan sedikit bagi Del. Mungkin ada dikalangn anda yang suka sambal ni, mungkin juga tidak. Rasa sambal khas untuk menu ni, boleh dikatakan sedikit masam-masam pedas. Masam-masamnya mungkin datang dari tomato kalau tak salah. Mungkin rasa sambal ini memeberi sedikit kelainan dari mereka. Kalau di beri rating undian dari 1- 5, mungkin Del akan bagi 3 sahaja. 

Okay dah tahu rasa dia macam mana kan, jadi untuk keseluhuran menu ni Del akan bagi 3 1/2 je. Walau apa pun ayam goreng tu tetap sedap. 

0 Comments