Sinopsis Drama: Seribu Rindu

Sinopsis Drama: Seribu Rindu

Hai salam buat semua pembaca blog Del. Agak lama juga Del tak menulis ni kan. Maaf ye buat yang ternanti-nanti tu. Del sibuk sejak sambung belajar ni. Apa pun ni Del sediakan info mengenai sinopsis Drama terbaru di Slot TV3 Akasia, Seribu Rindu . Del sendiri tengok dan Del rasa drama Seribu Rindu ni mendapat tempat di hati Del. Oka jom baca sinopsis di bawah.


Sinopsis Drama: Seribu Rindu


Mengisahkan percintaan tiga segi antara Zul Ariffin (Irfan), Maisarah (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim). Irfan merupakan seorang Chef yang sudah lama menyukai Maisarah sejak kecil lagi. Kerana, Irfan sering berulang alik belajar memasak bersama Tok Ma yang merupakan nenek kepada Maisara. Namun, sebenarnya kepulangan Maisarah ke kampung adalah disebabkan konflik yang berlaku antara dirinya dan Dr. Ariel.

Cinta Maisarah dan Airel, yang telah bersemai sejak zaman universiti lagi terhalang apabila, bapa Airel, Datuk Muiz merancang mahu menyatukan Ariel dan Damia, anak Datuk Sri Johari rakan perniagannya. Maisarah merasakan dirinya dipermainkan. Airel pula mempersoalkan tindakan ayahnya yang langsung tidak berbincang dengannya. Damia juga mempersoalkan perkara yang sama kepada DS Johari dia mahu mencari calon suami yang sealiran dengan kerjaya dia. Maisarah pulang kampung mengadu pada Tokma. Irfan sangat teruja berjumpa Maisarah kerana sejak kecil dia ada hati dengan Maisarah cuma tidak pernah luahkan

Airel dan Maisara terpaksa berpisah atas desakan ibu Airel. Maka, Maisarah memaksa hatinya untuk mencintai Irfan. Selepas 3 tahun, dia dapat merasakan keikhlasan Irfan mencintainya dan bersedia untuk menjadi seorang isteri buat Irfan. Namun, sedang mereka bahagia, Irfan kemalangan dan lumpuh buat sementara. Airel pula muncul sebagai doktor yang merawat Irfan sehingga lah Irfan dapat berjalan semula. Berlakulah konflik antara mereka bertiga, dan Irfan mula menjauhkan diri bagi memberi ruang jika Maisara masih mencintai Airel. Namun Maisara yakin cintanya hanyalah untuk Irfan seorang dan mereka kembali bersatu.

1 Comments

  1. Cinta tiga segi.. menarik.. tapi kurang minat zul ariffin tu..

    ReplyDelete