Trailer Filem Munafik 2

Trailer Filem Munafik 2


Trailer Filem Munafik 2        l          Salam buat anda semua yang baca blog Del. Pasti ada antara anda semua yang tak sabar nak tonton wayang cerita Munafik 2 kan. Yelah, sebelum ni filem Munafik pernah menambat hati penonton yang menonton lagi-lagi peminat filem seram. Kali ini, filem arahan Syamsul Yusof akan menampil kan pelakon yang lebih dikenali dengan watak seram iaitu Maya Karin.



Bila sebut nama Maya Karin pasti teringat dalam ingatan tentang watak Pontianak Harum Sundal Malam kan. Kiranya, Maya Karin ganti watak Nabila Huda lah kan. Tapi adakah, watak pontianak akan dikekalkan sebagai watak Maya Karin dalam filem Munafik ?.

Kalau sebelum ni, ada watak jahat yang ditampilkan oleh pelakon sebelum ini iaitu Razib Salimin  sebagai ustaz yang berpura-pura baik di mata manusia. Kali ini, nampaknya Nasir Bilal Khan seperti memegang watak jahat dalam Munafik 2. Okay, Del tak nak ulas lanjut tentang filem yang bakal menggemparkan industri filem Malaysia ni dengan kejutan yang membanggakan tak lama lagi. Jadi, jom tengok trailer dulu! Sebarang komen boleh ulas di bawah pada ruangan komen. Sama ada seram atau tidak, itu atas persepsi masing-masing. Yang penting filem penuh tu. 



"Munafik 2" lakonan Syamsul Yusof, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali, Datuk Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Mawi, Adik Zara Sophia, Ku Faridah,Weni Panca,Roslan Salleh dan penampilan istimewa Namron. Saksikan filem "Munafik 2" di pawagam pada 30 OGOS 2018 ini.




Okay terima kasih selamat berTrailer !



8 Comments

  1. mcm best ja, cerita shamsul yusuf ni tak rugi nk tgk kat pwagam..

    ReplyDelete
  2. salam..hi del..

    wah.ade dgr juga bakal ditygkan..30 ogos ye..bguih sgt da tu..musim cuti..hehe
    bole p tgok..

    ReplyDelete
  3. Hi Del...alahai..akak ni dah la penakut..citer munafik 1 dulu pun akak tgok dah beberapa kali anak akak ajak tgok..itupun lindung muka ngan bantal..kalau munafik 2 ni x tau la..nak pi tgok kat panggung ke x

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak tahu, tengok wayang citer hantu la lagi best bagi Del,, hahaha dia punya feel tu lagi deep. tapi sediakan jantung..hahha

      Delete