Tips Blog: Cara Blok Iklan Google Adsense Yang ERMM.. l Salam buat pembaca blog cakapsinilah.com . Entri kali ini tertumpu kepada semua blogger. Tak kira la blogger lama, atau pun baru. Tetapi blogger baru pasti lebih mencari tips ni kan. Rasa tak puas hati betul bila seorang blogger yang baru diterima oleh google adsense untuk mempamerkan iklan sekali gus, membantu menambah pendapatan geli-geli tetapi mengalamai masalah iklan. Iklan yang kurang sedap mata memandang dan kurang senang. Bila keluar iklan yang sebegitu, pasti membuatkan blog anda rasa kurang sopan. Lagi-lagi blogger 'lifestyle' macam Del ni. Yelah, tiba-tiba je keluar iklan yang lucah-lucah. Dengan situasi ni, mesti membuatkan pengunjung kurang senang nak masuk ke dalam blog anda.
Pengalaman yang Del lalui sebelum ni, dapat membantu anda semua dalam entri blog Del kali ni untuk mengatasi masalah iklan dari Google Adsense yang ERMMM. Senang je rupanya. Bila Del tanyakan di FB Del mengenai masalah ni, alhamdulillah, ada blogger yang sudi membantu. Maklumlah, Del belum berapa arif lagi bab-bab ni.
Anda semua boleh ikuti langkah dibawah. Yang penting, anda semua perlu ada akaun google adsense. Kalau tak da, macam mana nak buat.
Anda semua boleh ikuti langkah dibawah. Yang penting, anda semua perlu ada akaun google adsense. Kalau tak da, macam mana nak buat.
![]() |
| 1. 'Sign In' akaun google adsense anda. Kemudian, tekan menu 'Allow & Block Ads' |
![]() |
| 2. Tekan 'All My Sites' dalam menu 'Allow & Block Ads' tadi dan akan keluar paparan seperti gambar di bawah. |
![]() |
| 'General Categorise' Sama juga seperti langakah di atas, terpulang kepada anda sama ada nak blok atau tidak iklan tersebut. |
![]() |
| 'Sensitive Categorise' kebiasaannya, ruang ini banyak mengeluarkan iklan yang tak senang jadi, terpulang pada anda, nak sekat atau tidak iklan tersebut. |
Setelah anda selesai lakukan proses di atas, tunggu beberapa jam. Kerana, kadang ianya mengambil masa yang lama sikit untuk mereka blok iklan tersebut. Sabar je, insyaAllah menjadi. Itu saja yang dapat Del kongsikan kepada anda buat masa ini.






0 Comments