Rahsia Kerabu Maggie


Sebelum ni Del sendiri pernah tertanya-tanya pada diri sendri tentang bagaimana cara untuk membuat kerabu maggie. Adakah resepi menu ini menggunakan maggi yang biasa ada di pasaran atau sebaliknya. Namun seminggu yang lepas baru Del sendiri tahu rahsia membuat resepi kerabu maggi. Maklumlah, Del sendiri pun bukannya amik tahu tentang resepi ni, cuma tahu makan saja. Entri kali ini, Del bukannya nak kongsi resepi, tetapi nak bagitahu pada anda tentang produk.

Disebalik kesedapan kerabu maggie, sekarang baru tahu mereka yang cipta resepi kerabu maggie yang sedap tu menggunakan maggie jenis apa. Merujuk bena di atas, itu lah dia maggie yang digunakan untuk menyediakan resepi baru yang sedap tu iaitu 'Kerabu Maggie'. Lazimnya maggie ni dikenali sebagai 'Maggie Thailand' atau 'Serda'. Hal ini kerana, produk ini mudah didapatii di sana.

Halal ke tidak? Alhamdulillah setakat ni halal produk ni dan selamat digunakan. Tak tahu la pula akan datang ada cerita-cerita buruk yang akan muncul. Apa pun, anda semua masih boleh lagi menggunakan produk ni untuk buat kerabu atau nak jadikan maggie sup pun boleh.

Del sendiri telah mencuba produk ni, ternyata sedap dan kena dengan tekak  Del sendiri. Nasib baik mak cik Del sendiri bagi tahu tentang produk ni. Pada pendapat anda semua tentang produk ini, tak tahu la mungkin anda patut mencubanya. Del punya berperisa Tom Yam. Untuk pengetahuan, produk ini didatangkan dengan 3 lagi perisa. Yang paling popular perisa tom yam ni lah.

Cara masak maggie berkuah, seperti biasa anda buat selalu.
 Nak sedap letak telur dan sebagainya

Del masak biasa-biasa sahaja, sebab masa tu belum ada barang nak
buat kerabu maggie

Orang cakap kalau nak dapatkan produk ni kena pergi ke Thailand baru boleh dapat. Tapi yang sebenarnya di Pasaraya Mydin pun anda boleh dapatkan produk ni. Selain itu juga, ianya boleh didapati di laman membeli belah  atas talian seperti 'Lazada'. Harga nya murah juga.

Jadi rahsia kerabu maggie bukan lah lagi rahsia, sebab Del telah memberi tahu produk khas untuk buat kerabu maggie. Bagi yang sudah tahu tentang produk ni baguslah, tetapi bagi yang mengetahui tentang produk ni anda semua sekrang sudah pun tahu setelah membaca entri blog Del kali ini. Selamat mencuba!

25 Comments

  1. teringin nk cuba maggi dr thai ni.. dulu duduk rumah sewa.. kwn2 yg dr kelantan kata meggi thai ni sedap... buat kerabu meggi mmg sedap.... nnti nk cubalah ...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kak ana memang favorite sangat makan kerabu maggi ni. Kalau pergi kedai tomyam wajib order kerabu maggi. Sebab sedap dan maggi dia pun lain dari yang lain. Makan dengan nasi pun dah sedap.

    ReplyDelete
  4. Tak peenah cuba buat dan rasa lagi kerabu maggi. Nampak sedap dan mudah saja nak sediakan.yela selalu makan kerabu sayur tapi kali nih lain pula.kerabu mahhi, memang nampak unik dan mesti sedap.ada masa nanti nak cubalah

    ReplyDelete
  5. aida ada kat rumah pek maggi thailand.
    tapi tak sama la paket nyer. kawan beli kan di kelantan, del.
    ari tu ke thailand, jumpa paket yg sama.
    aida x pernah la buat kerabu maggi. prefer makan maggi berkuah gitu aje :)

    ReplyDelete
  6. SERDA! Memang inilah yang kedai-kedai tomyam pakai. Rasa dia memang lain daripada maggie kat sini.

    Teksture dia pun lain mancam, kenyal2 sikit. That day siap mintak akak kedai tomyam tu belikan sekotak dari Thailand. Hehehe

    ReplyDelete
  7. omg, malas dah nak makan mee ke maggie, selalu terdetik.. benda yang tak sepatutnya... nampak macma sedap pula pedas tu... mee dia nampak kenyal kenyal gitu..

    ReplyDelete
  8. Sedap sebab dia lg kenyal dan masam pedas. Gituuu.

    ReplyDelete
  9. Kalau pergi Thailand memang akan beli maggi brand ni sebab dia jenis halus x sama dengan maggi yang lain. Maggi Thailand ni juga sesuai untuk buat kerabu maggi.

    ReplyDelete
  10. bestnyer kerabu maggie.. tapi memang lama dah tinggal maggie ni.Tak boleh diamalkan selalu

    ReplyDelete
  11. How does it taste? I wonder this brand taste similar with Malaysia Maggie. Where to grab this brand as I want try this out. Look tempting the pictures.

    ReplyDelete
  12. serda ni maggi feveret la sebab rasa dia boleh tahan pedas la. Aku recomend habis la maggi ni untuk sesiapa yang belum cuba.

    ReplyDelete
  13. Del, akak tak faham artikel ni. Tajuk Kerabu Maggie. Akak dah ambil pen dan kertas nak tulis resepi. Tapi takda resepi. Ada gambar Maggie Tom yam.. Apo! Hahahaha. Buat lah kerabu Maggie tu. Buh gambar. Akak nak masak masa bulan Ramadan nanti. Kerabu apa pun akak suka. Paling best kerabu sotong. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Del da cakap bukan resepi..hahahah tajuk dia rahsia je

      Delete
  14. Adik akak baru balik dari Siam tau...dia bawak balik maggi ni sekotak besar..pas tu letak kat umah akak..tak tau cane nak perabih tu..ingat nak buat kerabu maggi gak la...

    ReplyDelete
  15. Bella tak pernah buat atau makan kerabu maggi sebelum ni. Kalau pergi Thailand tau festival Thai pun tak jumpa kerabu maggi tapi teringin jugak nak buat sendiri. Haha.. Macam sedap je tengok gambar. :D

    ReplyDelete
  16. wah sedapnya..masak simple macam ni pun dah nampak sedap...tak pernah try lagi walapun selalu nampak dekat thai festival food..kena cubalah sekali

    ReplyDelete
  17. Ena mmg suka makan pelbagai jenis kerabu. Tp xpernah rasa kerabu maggie. Tgk pon nmpak mcm sedap.lg la hantu maggie. Haishhh..

    ReplyDelete
  18. Tak suka makan maggi actually ! termasuklah kerabu maggi bagai hahaha. sedap ke ? Kerabu mangga tau lah tapi kerabu maggi ? heeee i tak makan maggi so fat. Sorry . Tapi elok lah maggi pun boleh beli kat lazada kan ? ahahahwhw

    ReplyDelete
  19. Dia punya warna dan rupa pun macam lain sikit daripada mee tomyam jenama lain. Nanti kalau jumpa yg ni, boleh cuba.

    ReplyDelete
  20. hehe.. tercari-cari gambar Kerabu maggie tadi.. tak jumpa-jumpa.. hehe.. tapi TB tengok mee nya macam best je.. pedas tak dia punya serbuk tu ?

    ReplyDelete
  21. nad pun tak pernah makan kerabu maggi lagi..amacm mana la rasa dia..haritu ada thai festival food tak dapat pergi. ramai cakap kerabu maggi sedap

    ReplyDelete
  22. memang terasa nak melahap 2 paket maggie sekarang ni. T.T Lapar, walaupun simple je...tetapi tetap mengundang selera yang tinggi. Hahahaha

    ReplyDelete
  23. Sedap maggi nie.. Tapi tak pernah lah lagi buat kerabu..

    ReplyDelete